Harian Metro

Mungkin tertekan

- Manorza Saraev cnews@nstp.com.my

„ Pekerja warga asing ditemui mati tergantung di kuarters

Selepas baru sebulan bekerja, seorang warga Indonesia ditemui mati dengan keadaan tergantung di kuarters pekerja sebuah kilang sagu di Hulu Medong, Dalat di sini, pagi kelmarin.

Difahamkan, pekerja terbabit berkelakua­n pelik sejak beberapa hari lalu, termasuk bersikap pendiam dan memencilka­n dirinya sebelum ditemui mati kira-kira jam 9.35 pagi.

Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superinten­dan Roslan Leman berkata, hasil siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut.

“Berdasarka­n keterangan majikan dan beberapa rakan sekerjanya, mangsa yang berusia 25 tahun dan berasal dari Kalimantan Barat, Indonesia mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu.

“Kemungkina­n pekerja terbabit tertekan kerana berjauhan daripada keluargany­a. Bagaimanap­un, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Dalat dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus dimaklumka­n mengenai penemuan mayat pekerja berkenaan.

“Mayat pekerja terbabit ditemui rakan sekerjanya yang bergegas memeriksa bilik penginapan­nya apabila tidak datang bekerja sebelum pemuda itu ditemui tergantung,” katanya.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Mukah untuk proses bedah siasat.

 ??  ?? KUARTERS pekerja yang menjadi lokasi seorang pekerja warga asing ditemui mati tergantung.
KUARTERS pekerja yang menjadi lokasi seorang pekerja warga asing ditemui mati tergantung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia