Harian Metro

Dua sahabat kantoi curi besi buruk

-

Petra Jaya: Kegiatan dua sahabat menggunaka­n motosikal ‘panas’ untuk mencuri besi buruk di beberapa kawasan kampung, di sini berakhir selepas mereka ditahan Biro Keselamata­n Kampung Semariang Batu, kelmarin.

Suspek berusia 30 dan 40 tahun itu ditahan jam 1.30 pagi selepas dilihat menunggang Honda Wave oleh ahli biro berkenaan yang menjalanka­n rondaan bagi mencegah jenayah.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, suspek terkejut dengan kehadiran penduduk kampung kemudian cuba meloloskan diri namun mereka berjaya ditahan.

Menurutnya, penduduk kampung kemudian menemui beberapa besi buruk yang dibawa suspek namun lelaki terbabit gagal memberikan butiran jelas bagaimana barangan itu diperoleh.

“Sepasukan polis dari Balai Polis Gita kemudian dihubungi untuk tindakan lanjut bagi membawa suspek ke balai untuk siasatan.

“Hasil semakan mendapati motosikal yang digunakan suspek dilaporkan hilang di Jalan Tun Abdul Rahman pada 24 November tahun lalu dengan anggaran kerugian bernilai RM3,500,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pada masa sama polis kini giat menjalanka­n operasi mengesan dua lagi rakan suspek yang meloloskan diri ketika cuba ditahan.

Katanya, polis percaya dapat menyelesai­kan kes kecurian yang berlaku di sekitar daerah ini sejak beberapa bulan lalu dengan tertangkap­nya suspek.

 ??  ?? MOTOSIKAL digunakan suspek dirampas polis selepas mereka ditahan Biro Keselamata­n Kampung Semariang Batu.
MOTOSIKAL digunakan suspek dirampas polis selepas mereka ditahan Biro Keselamata­n Kampung Semariang Batu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia