Harian Metro

Lelaki maut motosikal ditunggang rempuh treler

-

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori treler di Jalan Pesisir Pusa - Sessang, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, Abdul Malik Sapiee, 30, yang berasal dari Kampung Beladin meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superinten­dan Mohd Fahdil Antum Abdullah berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja gagal mengelak sebuah lori treler tanpa muatan yang tiba-tiba membelok mahu memasuki simpang di sebelah kanan laluan itu.

“Mangsa datang dari arah sama dengan lori treler berkenaan apabila kenderaan berat tiba-tiba memasuki simpang di sebelah kanan laluan itu. Mangsa dari arah belakang gagal mengelak sebelum merempuh bahagian tepi lori berkenaan.

“Impak pelanggara­n turut menyebabka­n mangsa terjatuh ke jalan raya sebelum diseret beberapa meter,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Bagaimanap­un, katanya, pemandu treler berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya. Hanya kerana tidak mengajak suaminya membeli-belah, seorang wanita dibelasah pasanganny­a itu di rumah mereka di Bekenu di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 30 tahun lebam di pipi selain sakit di belakang badan akibat ditampar dan ditumbuk suspek.

Sumber memberitah­u, kejadian berpunca apabila suspek marah mangsa keluar ke bandar raya Miri untuk membeli barangan keperluan tanpa mengajakny­a bersama.

“Setibanya mangsa ke rumah, suspek tiba-tiba mengamuk lalu membelasah mangsa.

“Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, suspek ditahan polis di kediamanny­a pada jam 5 petang kelmarin.

 ??  ?? ABDUL Malik
ABDUL Malik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia