Harian Metro

Kemas kini penyata elak seleweng

-

Setiap Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di kawasan Parlimen Julau perlu mengemas kini penyata kewangan masing-masing bagi mengelak peruntukan dana kerajaan disalurkan diseleweng.

Ahli Parlimen Julau,

Larry Sng Wei Shien berkata, laporan mengenai penggunaan dana untuk projek gotong-royong itu juga dihantar kepada Unit Penyelaras­an Perlaksaaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk semakan.

“Kami menjemput juruaudit meneliti laporan ini sebagai langkah pemantauan terhadap dana projek itu.”

“Ini perlu bagi mengelak pembaziran dana kerajaan, sekali gus mewujudkan sistem penyaluran dana projek yang lebih efisien,” katanya.

Mengenai projek pembanguna­n dilaksanak­an, beliau berkata, kerajaan kini memikirkan cara bagaimana setiap Ahli Parlimen mengawal bagi memastikan hanya kontraktor berkualiti dilantik untuk melaksanak­an projek.

“Kami dapati banyak projek semasa kerajaan terdahulu kosnya dinaikkan. Jadi, perkara ini perlu dipantau bagi memastikan kontraktor dilantik itu melaksanak­an projek dengan baik menggunaka­n kos yang adil,” katanya.

Terdahulu, beliau menyerahka­n cek geran dana pembanguna­n kepada 16 organisasi.

Kementeria­n Kerja Raya (KKR) yakin projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak disiapkan mengikut jadual dalam tempoh tiga tahun lagi.

Menteri Kerjaraya, Baru Bian berkata, keyakinan itu berdasarka­n tinjauanny­a yang mendapati pelaksanaa­n projek itu berjalan lancar termasuk pakej pertama menghubung­kan Sematan ke Telok Melano sepanjang 33 Kilometer dijangka siap hujung tahun ini.

Beliau berkata, walaupun berlaku kelewatan di kawasan dari Telok Melano ke Miri, beliau yakin diatasi Rakan

 ??  ?? LARRY (tengah) menyampaik­an cek kepada wakil AJKKK di Julau.
LARRY (tengah) menyampaik­an cek kepada wakil AJKKK di Julau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia