Harian Metro

Siap ikut jadual

- Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

„ Menteri tinjau pembinaan Lebuhraya Pan Borneo

Penyampai Projek (PDP), Lebuhraya Borneo Utara (LBU) Sdn Bhd.

“Hasil tinjauan laluan projek itu, diakui memang berlaku kelewatan dengan bulatan bertingkat di

Serian mengalami kelewatan enam peratus manakala di tempat lain di belakang jadual antara satu hingga dua peratus sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penutupan program FT Roadpedia anjuran Kementeria­nnya di sini, malam kelmarin.

Program tiga hari itu disertai 100 pengurusan kanan KKR dan LBU meninjau keseluruha­n projek dari Kampung Telok Melano, penempatan penduduk yang terakhir di barat Sarawak ke Miri di utara negeri ini sejak Sabtu lalu.

Turut serta dalam tinjauan tiga hari bermula Sabtu lalu itu, Ketua Setiausaha Kementeria­n Kerja Raya, Datuk Seri Zohari Akob dan timbalanny­a, Datuk Abdul Razak Jaafar, Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Industri dan Perdaganga­n Sarawak, Datuk Safri Zainuddin.

Rombongan memulakan tinjauan di laluan bertingkat Batu 5 dan Batu 6, Jalan Kuching-Serian, Sabtu lalu sebelum meneruskan perjalanan ke Bau dan Sematan.

Mereka meninjau projek Sematan-Telok Melano yang kini 80 peratus siap dan dijangka dibuka secara rasmi kepada laluan kenderaan awam, Januari depan.

Pada Ahad, rombongan itu meneruskan perjalanan ke wilayah tengah Sarawak meninjau perkembang­an projek antaranya bulatan di Serian serta projek melebarkan Jambatan Durin di Sibu.

Rombongan itu meninjau laluan Sibu ke Miri dan mendapatka­n gambaran jelas perkembang­an projek melebarkan Jambatan Tatau dan projek di persimpang­an Nyabau ke Bakun di Bintulu.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 786 Kilometer dilaksanak­an dalam 11 pakej.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia