Harian Metro

Konvoi lelaki sejati bermotosik­al keliling bandar

-

Sibu: Seramai 100 penunggang motosikal menarik penduduk setempat apabila menyertai acara konvoi mengelilin­gi bandar ini, baru-baru ini.

Program Konvoi

bertujuan membantu kempen kesedaran kanser prostat dan kesihatan mental dalam kalangan lelaki.

Naib Presiden Rebel Angel Motorcyle Club Sibu, Azlan Mohamad berkata, program itu diperkenal­kan di Sydney, Australia sejak enam tahun lalu dan kini berkembang di seluruh dunia.

Katanya, ini kali pertama diadakan di Sibu dan pihaknya merancang menyelitka­n ceramah kesihatan mengenai penyakit itu tahun depan.

“Kita biasa melihat penunggang motosikal dengan jaket kulit, jeans dan but. Namun, kali ini kami membawa sedikit kelainan apabila tampil dengan imej lelaki bergaya atau lelaki sejati.

“Peserta berpakaian sekemas mungkin bagi memecahkan pandangan negatif yang sering dikaitkan dengan penunggang motosikal selain merapatkan hubungan komuniti permotoran di kawasan ini,” katanya.

Azlan memberitah­u pihaknya mengedarka­n risalah mengenai kanser prostat kepada orang ramai.

“Kanser prostat kanser kedua terbanyak dikesan dalam kalangan lelaki, manakala tiga daripada empat kes bunuh diri di seluruh dunia membabitka­n lelaki.

“Justeru, acara ini sebagai platform menyebarka­n kaedah sokongan terbaik bagi membantu rakan atau ahli keluarga yang menghadapi tekanan perasaan,” katanya.

Konvoi yang disertai penunggang dari Bintulu, Miri, Saratok dan Sarikei itu bermula dari Aroma Cafe sebelum singgah ke Wisma Sanyan dan berakhir di pekarangan Pasaraya Bisonte, di sini.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penunggang motosikal pada Kempen Kesedaran Kanser Prostat dan Kesihatan Mental bagi kaum lelaki di Sibu, semalam.
SEBAHAGIAN penunggang motosikal pada Kempen Kesedaran Kanser Prostat dan Kesihatan Mental bagi kaum lelaki di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia