Harian Metro

LARI DARI AZAB

„ 10 sekeluarga terpaksa bersesak dalam kenderaan

-

Sepanjang jalan keluar dari Palu ke Makasar yang jauhnya hampir 1,000 kilometer sesak dengan penduduk yang lari keluar daripada kawasan bencana dalam keadaan melarat dengan berhimpith­impit menaiki lori. Keadaan itu disaksikan penulis yang dalam perjalanan ke Palu dan mereka yang ditemui memberitah­u terpaksa berpindah kerana bimbang dengan gempa susulan dan tidak mahu mati kelaparan kerana tiada makanan dan minuman.

“Sekelip mata hidup kami berubah! rumah didiami kami 10 sekeluarga lenyap disedut bumi,” kata mangsa gempa, Elami Mohamad, 50.

Bencana gempa bumi dan tsunami berlaku Jumaat lalu memusnahka­n kehidupan dia sekeluarga yang menetap di perkampung­an Pelupi di Palu, Sulawesi Tengah.

Kejadian menyebabka­n mereka terpaksa menjadikan sebuah lori sebagai penempatan sementara selepas gagal mencari tempat perlindung­an selamat.

Menceritak­an semula detik cemas dilalui, mangsa mendakwa rumah didiami sejak berpuluh tahun tiba-tiba bergoncang kuat akibat gempa sebelum mendap ke dalam tanah.

“Ketika itu kami sekeluarga baru ingin mengerjaka­n solat Maghrib sebelum gempa bumi kuat berlaku dengan kekuatan 7.4 magnitud.

“Saya bertempiar­an lari, tiga cucu keluar dari dalam rumah tanpa sempat menyelamat­kan barang berharga, saya hanya fikirkan nyawa mereka ketika itu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Nurul Iman, di sini, 800 kilometer dari kawasan bencana itu.

Ketika ditemui wartawan, dia bersama semua ahli keluargany­a sedang duduk berasak beramai-ramai umpama pelarian di belakang lori berwarna merah dalam keadaan tidak terurus.

Malah, mereka hanya membawa sedikit bekalan pakaian dan makanan bagi mengalas perut selepas kebuluran sejak tiga hari lalu.

“Kami putus asa dan terpaksa berpindah keluar dari Palu. Kini kami menuju ke Makassar dan mencari perlindung­an dan makanan di sana.

“Jika keadaan keselamata­n dan kemudahan asas pulih, kami akan pulang ke Palu untuk membina hidup semula,” katanya sambil mendukung cucu, Rakikah Budi, dua tahun.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Budiyanto Tandra, 40, berkata, ramai penduduk Palu, Sigi dan Donggala mengambil keputusan melarikan diri ke kota berhampira­n termasuk di Mamuju selain Makassar berikutan bimbang dengan khabar angin gempa susulan lebih kuat akan berlaku.

Dia yang turut melarikan diri bersama ahli keluarga mendakwa mengambil masa tiga hari membawa lori penuh muatan mangsa menuju ke Makassar.

“Di sana ada ahli keluarga lain yang akan membantu kami sekeluarga. Alhamdulil­lah, anak dan isteri saya terselamat walaupun ramai ahli keluarga lain yang tinggal berhampira­n terkorban,” katanya.

Ketika itu kami sekeluarga baru ingin mengerjaka­n solat Maghrib sebelum gempa bumi kuat berlaku dengan kekuatan 7.4 magnitud” Elami

 ??  ??
 ??  ?? ELAMI dan keluarga berteduh di pekarangan Masjid Nurul Iman.
ELAMI dan keluarga berteduh di pekarangan Masjid Nurul Iman.
 ??  ?? LORI dinaiki Elami sekeluarga untuk mencari perlindung­an di Makassar.
LORI dinaiki Elami sekeluarga untuk mencari perlindung­an di Makassar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia