Harian Metro

TAJA UMRAH 20 MAK NYAH

-

Kuala Lumpur: Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin bakal menaja 20 golongan lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) untuk menunaikan umrah hujung tahun ini.

Amin ketika dihubungi berkata, keputusan itu dibuat untuk mendekati dan membimbing golongan itu.

“Di sebalik kelantanga­n saya bercakap dan mengecam golongan LGBT, saya perlu mengambil tindakan yang lebih besar untuk memberi pemulihan dan bimbingan kepada mereka.

“Ini sebagai penghargaa­n bagi menarik golongan LGBT untuk melaksanak­an umrah. Mungkin selama ini mereka berat hati untuk ke Makkah kerana ada pondan atau mak nyah yang memiliki benda pelik di badan mereka, tapi saya akan cuba mendekati dan membimbing mereka,” katanya.

Menurut Amin, sebagai permulaan dia bakal menggunaka­n wang peribadi dan syarikatny­a, Simply Umrah untuk menaja golongan terbabit selain menjalin kerjasama dengan dengan beberapa pihak.

“Insya-Allah dengan wang yang ada, saya mahu bawa golongan ini melihat kebesaran Allah.

“Program ini akan diadakan secara berperingk­at yang mana bukan saja fokus kepada golongan LGBT, tapi saya akan turut bawa mualaf, gelandanga­n, fakir miskin dan Orang Asli.

“Saya akan cuba bekerjsama dengan beberapa pihak agensi termasuk Lembaga Zakat. Bagaimanap­un saya belum bertemu dengan mereka untuk berbincang mengenai perkara ini. Insya-Allah saya akan bertemu dalam masa terdekat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PU Amin
PU Amin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia