Harian Metro

BERMALAM DI LOKAP

„ Rosmah ditahan berhubung siasatan pengubahan wang haram

- Siti A’isyah Sukaimi dan Noor Atiqah Sulaiman cnews@nstp.com.my

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terpaksa ‘bermalam’ di Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan jam 3.20 petang, semalam.

Menurut kenyataan SPRM, penahanan Rosmah dibuat berhubung siasatan pengubahan wang haram selepas mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

“Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (hari ini) jam 8 pagi untuk pertuduhan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Rosmah tiba jam 10.42 pagi di bangunan ibu pejabat SPRM, semalam untuk memberi keterangan.

Beliau tiba dengan menaiki Proton Perdana selain diiringi sebuah lagi kenderaan.

Selain itu, Rosmah yang memakai baju kurung dan selendang hijau muda memasuki lobi bangunan dengan diiringi beberapa kakitangan SPRM.

Sementara itu, peguam Rosmah, Datuk K Kumaraendr­an pada sidang media berkata, beliau tidak tahu jumlah pertuduhan yang akan disabitkan terhadap anak guamnya itu.

“Saya cuma diberitahu beliau akan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta esok. Beliau (Rosmah) ditahan selepas memberi kenyataan kepada SPRM hari ini,” katanya.

Ini kali ketiga Rosmah hadir memberi keterangan di SPRM. Pada 26 September lalu, Rosmah memberi keterangan kepada SPRM hampir 13 jam.

Tindakan SPRM memanggil beliau adalah bagi membolehka­n siasatan dilakukan berhubung lebih 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakan­nya membabitka­n kes pengubahan wang haram.

 ??  ??
 ??  ?? ROSMAH tiba di bangunan ibu pejabat SPRM, semalam untuk memberi keterangan.
ROSMAH tiba di bangunan ibu pejabat SPRM, semalam untuk memberi keterangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia