Harian Metro

Rindu rupanya!

Empat budak lari dari rumah perlindung­an ditemui berkeliara­n mengemis cari makan

- Nur Izzati Mohamad cnews@nstp.com.my

Kerana rindukan keluarga, empat kanak-kanak nekad melarikan diri dari Rumah Perlindung­an Taman Bakti di sini, dan mereka ditemui polis di sekitar kawasan Alor Setar, Kedah, petang kelmarin.

Tiga daripada empat kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun itu dikatakan berasal dari Kedah dan menaiki bas dari Butterwort­h ke Alor Setar untuk menemui keluarga masing-masing.

Bagaimanap­un, mereka tidak pulang ke rumah keluarga sebaliknya dijumpai orang awam dalam keadaan berkeliara­n seperti gelandanga­n dan mengemis untuk membeli makanan.

Berikutan itu, polis menyelamat­kan kanak-kanak itu dan membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara sebelum dihantar ke Hospital Kepala Batas(HKB) untuk pemeriksaa­n kesihatan.

Wakil Harian Metro yang menemui kanak-kanak itu selepas mereka tiba jam 8 malam kelmarin dimaklumka­n, tindakan melarikan diri itu kerana mahu bertemu keluarga namun tidak berjaya sebelum diselamatk­an polis.

Berita kehilangan kanak-kanak itu tersebar luas di media sosial hingga ada dakwaan mengatakan mereka melarikan diri berikutan tidak sanggup didera.

Hasil siasatan polis ke atas pihak rumah perlindung­an terbabit tidak menemui sebarang unsur jenayah seperti didakwa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) IPD SPU yang melancarka­n Op Kesan.

“Empat kanak-kanak itu dilaporkan hilang dipercayai melarikan diri dengan keluar melalui tingkap bilik asrama rumah kebajikan berkenaan jam 10 malam.

“Kejadian disedari petugas yang melakukan pemeriksaa­n lalu melaporkan insiden berkenaan kepada polis,” katanya.

Jelasnya, empat kanak-kanak itu ditempatka­n di rumah perlindung­an berkenaan antara tahun 2012 dan 2017 atas faktor pengabaian oleh keluarga.

 ??  ?? ANG G OTA D9 b e rsa m a ka n a k - ka n a k yang melarikan diri dari Rumah Pe r l i n d u n g a n Taman Bakti, ke l m a r i n .
ANG G OTA D9 b e rsa m a ka n a k - ka n a k yang melarikan diri dari Rumah Pe r l i n d u n g a n Taman Bakti, ke l m a r i n .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia