Harian Metro

‘Selamat tinggal abang’

Wanita terlantar selepas nahas dibawa tatap jenazah suami

- Rosli Ilham cnews@nstp.com.my

“Selamat tinggal abang. Saya akan sentiasa doakan abang,” itu kata-kata Nurul Baizura A Bakar, 25, ketika dibawa menatap wajah suaminya yang maut dalam kemalangan di Kilometer 70.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Pulau Serai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Nurul Baizura yang patah kedua-dua belah kaki dan tulang belakang bersama suaminya itu dikejarkan ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan.

Bagaimanap­un suaminya, Muhammad Izzudin Affandi, 26, seorang pekerja kedai makan di Kuala Terengganu disahkan meninggal dunia sejam selepas itu akibat cedera parah di kepala dan anggota badan.

Akibat cedera parah, Nurul Baizura kemudianny­a terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Sebelum bertolak ke HSNZ, dia meminta izin kepada doktor untuk menatap wajah suaminya serta sempat mengusap badan Allahyarha­m beberapa kali sambil menangis.

“Saya akan sentiasa doakan abang, selamat tinggal abang,” katanya sebelum dia dibawa kakitangan hospital menaiki ambulans ke HSNZ.

Ketika kejadian, kereta Proton Wira dipandu suami Nurul Baizura dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk menghantar wanita itu yang bekerja sebagai warden asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Baharudin Abdullah berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu mangsa dari arah Kuala Terengganu ke Dungun dikatakan memotong sebuah lori roti di situ.

Katanya, kereta terbabit kemudianny­a gagal memasuki lorong kiri semula sebelum bertembung dengan kereta Toyota Vios dari arah bertentang­an manakala lori roti terbabit yang cuba mengelak turut terbalik.

“Pemandu Toyota Vios, Rohaznida Abdul Rahim, 39, seorang ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Kuala Abang di sini, cedera parah di bahagian kaki dan turut menerima rawatan di Hospital Dungun.

“Bagaimanap­un, pemandu lori roti terbabit berusia 47 tahun tidak cedera,” katanya.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun terpaksa dipanggil bagi membantu mengeluark­an mangsa yang tersepit.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Pemandu Toyota Vios, Rohaznida Abdul Rahim, 39, seorang ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Kuala Abang di sini, cedera parah di bahagian kaki dan turut menerima rawatan di Hospital Dungun.” Baharudin Abdullah

 ??  ?? NURUL Baizura menatap jenazah arwah suaminya, Muhammad Izzudin (gambar kecil) sebelum dia dikejarkan ke HSNZ.
NURUL Baizura menatap jenazah arwah suaminya, Muhammad Izzudin (gambar kecil) sebelum dia dikejarkan ke HSNZ.
 ??  ?? KEADAAN dua kereta yang bertembung hingga mengorbang­kan seorang mangsa.
KEADAAN dua kereta yang bertembung hingga mengorbang­kan seorang mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia