Harian Metro

Dua ajal, dua parah nahas motosikal

-

Jertih: Dua remaja maut, manakala dua lagi parah selepas motosikal dinaiki terbabit dalam kemalangan dekat Kampung Bukit Tanah, di sini, malam kelmarin.

Mereka yang maut dalam kejadian membabitka­n tiga motosikal Honda EX5 kira-kira jam 10 malam itu dikenali sebagai Mohammad Hashridzam Noruddin, 18, dari Kampung Tembila di sini, dan Ariff Hilmi Mohd Samsuddin, 19, dari Kampung Bukit Tanah, di sini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Beliau berkata, kejadian turut menyebabka­n pembonceng dua motosikal itu, Muhammad Faiz Zulhilmi Mohd Fauzi, 14, dan Muhammad Aqil Haiqal Ahmad Baihaki, 16, parah.

Seorang lagi penunggang motosikal, Amirul Hakimi Abdullah, 14, hanya cedera ringan.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Mohammad Hashridzam dan Amirul Hakimi dari arah Kampung Tempinis menghala ke Kampung Renek memasuki laluan bertentang­an, sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang Ariff Hilmi.

“Pertembung­an kuat menyebabka­n Mohammad Hashridzam dan Ariff Hilmi yang juga peniaga di pasar malam cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan,” katanya di sini, semalam.

Mohd Zamri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabka­n kematian.

Kedua-dua mangsa maut akibat cedera parah Mohd Zamri Mohd Rowi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia