Harian Metro

Tak sangka pula Mek Teh

-

Kuantan: “Saya melalui lokasi kejadian kelmarin (Isnin) dan melihat bas serta kereta berhenti di tepi jalan, yang saya sangka kemalangan biasa disebabkan tiada serpihan kaca bertaburan atau kenderaan rosak.

“Saya tidak tahu kemalangan itu membabitka­n ibu saudara sehingga tiba di rumah dan dimaklumka­n jiran,” kata suri umah yang mahu dikenali Kak Ja, 47.

Kak Ja anak saudara kepada Mek Teh Dagang, 71, yang meninggal dunia selepas jatuh longkang sejurus turun daripada bas henti-henti di Jalan Kuantan-Kemaman berhampira­n Beserah, di sini, Isnin lalu.

Katanya, ketika kejadian itu berlaku, dia melalui lokasi terbabit untuk pulang ke rumahnya di Kampung Bahagia, di sini yang terletak bersebelah­an rumah arwah.

Dia tidak menyangka ‘terserempa­k’ kemalangan yang membabitka­n warga emas itu selepas membeli barang di pasar raya berhampira­n.

“Ketika itu saya tidak melihat ada mangsa yang cedera atau terbaring di atas jalan raya. Saya teruskan perjalanan pulang sehingga setengah jam kemudian apabila berada di rumah, jiran beritahu arwah maut.

“Saya bergegas ke lokasi itu semula dan melihat Mek Teh sudah dibawa keluar dari longkang dan terbaring dengan kepalanya berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, Isnin lalu, Mek Teh yang menaiki bas henti-henti dari pasar terjatuh ke dalam longkang ketika turun daripada bas itu yang berhenti berhampira­n longkang di bahu jalan.

Mangsa disahkan mening- gal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas kira-kira empat jam bertarung nyawa.

Kak Ja berkata, arwah ibu saudaranya itu seorang yang cergas dan sihat serta masih boleh bergerak dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa, meskipun usianya sudah mencecah 71 tahun.

“Tanyalah sesiapa saja di kampung ini, mereka semua mengenali arwah kerana dia seorang yang mudah mesra dengan orang dan tidak pernah gagal untuk menziarahi penduduk yang sakit atau memenuhi undangan perkahwina­n,” katanya.

 ??  ?? LOKASI warga emas maut selepas terjatuh ke dalam longkang.
LOKASI warga emas maut selepas terjatuh ke dalam longkang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia