Harian Metro

‘Berat hati kami’

- Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

KENDERAAN polis melakukan pemantauan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas mendapat kebenaran menggali semula kubur Allayarham Nazrin (gambar kecil) yang meninggal dunia dalam satu kebakaran bagi membantu siasatan.

“Walaupun berat hati, keluarga tidak ada bantahan berhubung bedah siasat kali kedua,” kata seorang ahli keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan.

Dalam catatan dimuat naik di Facebook miliknya itu, wanita dipercayai kakak kepada Nazrin berkata, permohonan bedah siasat kali kedua diputuskan selepas laporan polis dibuat keluarga mangsa.

Laporan polis itu dibuat selepas keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat kali pertama dikeluarka­n pihak patalogi Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Catatan itu juga menyebut, laporan polis dibuat oleh abang mangsa selepas laporan patalogi mengesahka­n punca kematian Nazrin adalah kecederaan akibat letupan telefon.

“Polis yang memohon permohonan bedah siasat kali kedua selepas keluarga membuat laporan polis.

“Laporan itu dibuat kerana kami tidak berpuas hati apabila laporan bedah siasat pertama mengesahka­n punca kematian Nazrin adalah disebabkan kecederaan akibat letupan telefon,” katanya.

Menurut catatan itu lagi, pihak keluarga tidak mempunyai sebarang halangan terhadap proses bedah siasat kali kedua walaupun ia satu keputusan amat berat.

Difahamkan, proses penggalian semula kubur jenazah Nazrin akan dilakukan pada 8 Oktober ini di Tanah Perkuburan Kota Damansara.

Terdahulu, Isnin lalu , Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan berkata, permohonan dilakukan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di depan Majistret Tuan Nor Arifin Hisham, Jumaat lalu.

“Mahkamah mengeluark­an perintah menggali semula kubur Nazrin bagi tujuan bedah siasat yang akan dilaksanak­an pada 8 Oktober ini,” katanya.

 ?? FOTO: EIZAIRI SHAMSUDIN ??
FOTO: EIZAIRI SHAMSUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia