Harian Metro

Tahan bapa saudara bantu siasatan

-

Bapa saudara kanak-kanak lelaki yang ‘disumbat’ ke dalam mesin basuh di dobi layan diri Bukit Sentosa di sini, kelmarin, ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Turut ditahan, ibunya yang berusia 25 tahun kerana membuat laporan palsu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Lim Bak Phai berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, kelmarin.

“Susulan kejadian, lelaki yang juga saudara kanak-kanak tiga tahun terperangk­ap dalam mesin basuh itu ditahan di IPD selepas memberi keterangan, petang semalam (kelmarin).

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak

2001 (penderaan dan penganiaya­an) manakala ibunya disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan gurauan melampau bapa saudara menyebabka­n kanak-kanak terbabit terperangk­ap hampir 10 minit dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri.

Difahamkan, tindakan lelaki itu bergurau dengan anak saudaranya tidak disedari ibu kanak-kanak terbabit yang membasuh pakaian di premis itu jam 12.30 tengah malam.

Tindakanny­a memasukkan kanak-kanak terbabit dalam mesin basuh mengundang padah apabila pintu mesin basuh itu tidak dapat dibuka.

Lelaki yang juga saudara kanak-kanak tiga tahun terperangk­ap dalam mesin basuh itu ditahan di IPD selepas memberi keterangan, petang semalam (kelmarin)” Lim Bak Phai

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia