Harian Metro

Misi sukar 930 kilometer

-

Makassar: Misi menuju ke lokasi gempa bumi dan tsunami di Palu, Sulawesi Tengah, amat sukar dan berisiko.

Penutupan lapangan terbang di Palu dan Poso, Sulawesi, menyebabka­n penulis tiada pilihan selain menggunaka­n jalan darat untuk sampai ke destinasi bencana terletak lebih 930 kilometer.

Sebaik tiba ke Makassar, Sulawesi dengan pesawat dari Kuala Lumpur dan Jakarta malam kelmarin, penulis terlebih dulu berdepan isu kelewatan jadual penerbanga­n menyebabka­n pesawat hanya tiba di sana jam 10 malam waktu tempatan.

Penulis dan juru video, Muhamad Shahir Othman meneruskan perjalanan menaiki Toyota Innova ke destinasi pada jam 12 tengah malam berikutan perlu mengejar masa.

Ketiadaan lebuh raya, keadaan jalan kecil berliku dan lalu lintas ketika melintasi beratus pekan kecil menyebabka­n perjalanan tidak selancar disangka.

Malah, beberapa stesen minyak disinggahi kami didapati kehabisan petrol sekali gus menimbulka­n lebih banyak masalah.

Berulang kali pemandu kami, Mohd Dedi Jefri, 29 meluahkan kerisauan sekiranya kenderaan dinaiki kehabisan petrol di pertengaha­n jalan.

“Di Palu, Kabupaten (daerah) Sigi dan kabupaten Donggala, keadaannya umkesesaka­n pama bandar mati. Semua stesen minyak Pertamina ditutup akibat gempa bumi selain kehabisan BBM (bahan bakar minyak).

“Saya bimbang kita tidak bisa (boleh) pergi ke sana (Palu), tetapi ngak bisa pulang ke Makassar. Jarak lebih 930 kilometer ke sana cukup jauh. Tiada lagi kehidupan di sana,” kata Mohd Dedi.

Menurut maklumat diperoleh dari anggota penyelamat tempatan, BBM dan bekalan air minuman ibarat harga ‘emas’ di lokasi bencana.

“Biasanya petrol dijual pada harga hanya 7,500 rupiah (RM2.05) untuk satu liter. Namun, kini harga petrol di sana (kawasan bencana) menjadi 100,000 rupiah seliter (RM27).

“Sebotol air mineral kecil dijual pada harga sekitar 1,000 rupiah (30 sen) hingga 3,000 rupiah (80 sen) kini menjadi 50,000 rupiah (RM15 ) hingga 70,000 rupiah (RM19) di sana,” katanya.

Berdasarka­n maklumat, ramai mangsa gempa bertindak agresif menahan dan merampas barangan bantuan dibawa lori di tengah jalan.

“Keadaan menjadi tidak terkawal dan keselamata­n petugas sukarelawa­n dan media tiada jaminan. Baru hari ini pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) tindakan mengawal jalan menuju ke lokasi bencana bagi mengelak rompakan berlaku,” kata Mohd Dedi lagi.

Di sepanjang laluan menuju ke Palu melalui pekan kecil Majene dan Malunda hingga Mamuju, wartawan dapat melihat penduduk membina pos bantuan bagi mengutip pakaian, makanan atau wang untuk mangsa gempa.

Malah, ramai yang menjerit memberi kata-kata semangat antaranya ‘selamat berjuang’ kepada kenderaan sukarelawa­n atau pasukan penyelamat.

Sehingga semalam, keadaan panik masih dirasai di Sulawesi apabila beratus kenderaan bertali arus menuju ke Palu, Sigi dan Donggala untuk menyalurka­n bantuan.

 ??  ?? PENDUDUK menunggu giliran untuk mengisi petrol di stesen minyak.
PENDUDUK menunggu giliran untuk mengisi petrol di stesen minyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia