Harian Metro

Sukarelawa­n tempuh 300km beli barang bantuan

-

Kuala Lumpur: Mereka tetap gigih dan tidak berputus asa meskipun terpaksa menempuh perjalanan sejauh 300 kilometer semata-mata mahu ke sebuah kedai di Poso Kota bagi membeli barangan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa gempa dan tsunami di Sulawesi Tengah, Indonesia.

Itu kesukaran ditempuhi sukarelawa­n daripada beberapa negara yang terpaksa mendapatka­n barangan bantuan dan keperluan di Poso Kota berikutan kemudahan di Palu dan Donggala musnah teruk.

Sukarelawa­n menggunaka­n beberapa trak yang disewa khas untuk membawa 3,000 dozen barangan termasuk beg mayat.

Namun, mereka dijangka mengambil masa lebih dua hari untuk tiba di lokasi terjejas akibat bencana sebelum bantuan diagihkan kepada mangsa.

Pengarah I-Reach Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Johan Ariff Ismail berkata, dia bersama rakan gabungan NGO tempatan tidak mempunyai pilihan selain ke Poso Kota kerana ia adalah bandar paling hampir dengan Palu.

“Sudah tiga hari saya berada di sini dan esok (hari ini), saya dijangka tiba di Palu untuk pengagihan bantuan serta pencarian fakta lain. Ia di luar jangkaan kerana di sini pembeliann­ya agak terhad. Kami hanya dibenarkan beli 200 beg mayat bersama air mineral.

“Beberapa NGO lain turut menggunaka­n kaedah ini, kalau tak memang bantuan tak dapat disalurkan, Palu ketika ini sudah lumpuh.

“Sistem telekomuni­kasi dan jalan raya terjejas teruk. Barangan yang dibeli ini akan dihantar untuk kegunaan mangsa terjejas secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Johan Ariff berkata, antara barangan lain yang dapat dibeli ialah sarung tangan yang akan digunakan untuk mengangkat mayat serta peralatan bagi digunakan ketika melakukan pembersiha­n.

“Kami sangka hanya perlu ke sana untuk bantu mangsa dan agihkan bekalan. Tapi perlu ubah rancangan kerana kami perlu membeli barangan untuk urusan pengendali­an jenazah.

“Rakan gabungan NGO memaklumka­n masih banyak jenazah belum dituntut dan identiti mangsa belum dikenal pasti,” katanya.

 ??  ?? SUKARELAWA­N MAPIM membeli barangan keperluan penduduk di sebuah pasar raya di Poso Kota, Makassar.
SUKARELAWA­N MAPIM membeli barangan keperluan penduduk di sebuah pasar raya di Poso Kota, Makassar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia