Harian Metro

Penuh dugaan bantu mangsa

-

„ Presiden Muslim Care kongsi pelbagai cabaran untuk hulur bantuan ke Palu

lain berbanding ketika tsunami Aceh, saya berkumpula­n memang tujuan untuk misi bantuan.

“Biasanya tempoh perjalanan dari Mamuju ke Palu cuma tujuh jam tetapi disebabkan banyak jalan rosak, perjalanan kami mengambil masa 11 jam.

“Seterusnya kami ke kem tentera Koren di Sulawesi Tengah untuk menumpang tidur. Hanya beralaskan plastik sebab sudah ramai sukarelawa­n berada di sana. Saya antara sukarelawa­n luar dari Indonesia yang terawal tiba,” katanya.

Menurutnya, ketika baru melelapkan mata dia dikejutkan dengan gempa susulan menyebabka­n tiang bendera di kem tentera berkenaan hampir tumbang.

Zulkifli berkata, keadaan di kem berkenaan juga kurang selesa berikutan kekurangan bekalan air paip.

“Keesokanny­a saya ikut ACT ke hospital di Palu, luar dan dalam bangunan itu sesak dengan mangsa gempa. Saya turut ke operasi penggalian untuk mencari mayat atau mangsa masih hidup.

“Amat meruntun jiwa apabila melihat anggota penyelamat meletakkan mayat bayi mangsa gempa di atas talam, manakala mayat ibunya ditemui di celah runtuhan berlumpur.

“Apa pun, kepada semua sukarelawa­n yang bakal mengikuti misi bantuan, kena bersedia mental dan fizikal. Bekalan makanan dan air memang tak cukup. Semua kedai tutup, wang macam dah tak ada nilai di Palu sekarang ini,” katanya.

Esok sukarelawa­n misi bantuan gempa Muslim Care termasuk doktor dijangka berlepas ke Makassar dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), sebelum ke Palu bagi membantu mangsa terjejas.

Masyarakat prihatin Malaysia yang mahu menyumbang kepada mangsa gempa boleh menyalurka­n sumbangan menerusi akaun Muslim Care Malaysia iaitu Maybank (5644 9041 3882), Bank Islam (14 0140 1014 7470) dan Bank Muamalat (14 0100 0765 4717)

SMS atau WhatsApp slip sumbangan kepada talian Hotline 011 500 500 35, Ustaz Rashdan 017 333 3881, Ustaz Safuan 013 488 6447, Haji Johari 016 997 8323 atau Haji Zulkifli 019 251 8771.

Zulkifli berkata, pihaknya menyasarka­n RM1 juta untuk diagihkan kepada mangsa tsunami dan gempa bumi di Sulawesi itu.

 ??  ?? PENDUDUK berjalan di celah runtuhan bangunan
dan rumah selepas bencana gempa bumi disusuli tsunami melanda Palu, Sulawesi Tengah,
Indonesia.
PENDUDUK berjalan di celah runtuhan bangunan dan rumah selepas bencana gempa bumi disusuli tsunami melanda Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia.
 ?? Zulkifli ?? MAYAT disusun di lokasi tertentu sebelum ditutup dengan kain atau tilam untuk disemadika­n beramai-ramai di kubur besar. Amat meruntun jiwa apabila melihat anggota penyelamat meletakkan mayat bayi di atas talam”
Zulkifli MAYAT disusun di lokasi tertentu sebelum ditutup dengan kain atau tilam untuk disemadika­n beramai-ramai di kubur besar. Amat meruntun jiwa apabila melihat anggota penyelamat meletakkan mayat bayi di atas talam”
 ??  ?? ANTARA jambatan yang dihanyutka­n arus tsunami.
ANTARA jambatan yang dihanyutka­n arus tsunami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia