Harian Metro

Lumpur kering cabaran SAR

-

Kuala Lumpur: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tertimbus akibat gempa bumi dan tsunami di perkampung­an Petobo serta Balaroa Palu, Sulawesi, Indonesia, petang Jumaat lalu berdepan kesukaran berikutan lumpur mula kering dan mengeras.

Wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Lazis Wahdah, Nasruddin Abdul Karim, kini berada di Palu sejak enam hari lalu memaklumka­n lumpur yang mula mengeras menyebabka­n proses penggalian menjadi semakin sukar dan mengambil masa lama.

Katanya, sukarelawa­n bersama penduduk kini menggunaka­n cangkul dan penyodok kerana tiada jentera berat.

“Panas terik sejak tiga hari lalu menyebabka­n lumpur menjadi keras dengan cepat.

Walaupun sukarelawa­n sudah sampai awal di lokasi kejadian, proses penggalian terbantut berikutan kekurangan tenaga manusia.

“Kami juga tak boleh tunggu hingga waris sampai untuk pengecaman kerana mayat sudah berbau, jadi kena dikebumika­n segera,” katanya.

Sementara itu, Nasruddin berkata sebahagian besar penduduk Palu, sudah mula berpusu-pusu keluar dari kawasan bencana itu berikutan risau berlaku tsunami susulan lebih besar.

“Mereka menggunaka­n pengangkut­an udara dan air untuk ke kawasan yang lebih selamat, ramai yang percaya Palu akan terus dilanda musibah selepas ini.

“Kini, hanya penduduk yang kehilangan ahli keluarga atau tak ada tempat lain mahu dituju yang tinggal di Palu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia