Harian Metro

Ambil sikit ringan beban

-

„ Kabinet setuju guna wang Tabung Bencana Negara

Kerajaan bersetuju menggunaka­n sedikit peruntukan daripada Tabung Bencana Negara untuk membantu ribuan mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah, Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau sudah berbincang dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinet berhubung hasrat murni itu, semalam.

“Kalau badan bukan kerajaan (NGO) perlukan bantuan logistik, kami akan salurkan sikit daripada Tabung Bencana Negara.

“Walaupun tabung itu sepatutnya digunakan untuk bencana dalam negara, kita boleh longgarkan sikit seperti diberitahu Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet, pagi tadi (semalam) untuk kita gunakan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Cakna Mangsa Tsunami Sulawesi di Dewan The Grand, Lukut di sini, semalam.

Hadir sama, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Wan Hasni Wan Yusof, Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, Malaysia bersedia menghulurk­an apa-apa bantuan yang mungkin diperlukan Indonesia.

“Saya difahamkan angka kematian setakat ini 1,407 orang dan berkemungk­inan terus meningkat apabila ditemui di bawah timbunan runtuhan. “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula melaporkan 200,000 mangsa terjejas dan puluhan ribu mangsa adalah kanak-kanak,” katanya.

Isnin lalu, Dr Wan Azizah mengumumka­n Malaysia akan menyalurka­n bantuan kewangan RM500,000 kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi selepas perbualan telefon dengan Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla.

 ??  ?? DR Wan Azizah merasmikan pelancaran Tabung Segera Sulawesi di Dewan The Grand, Lukut, semalam.
DR Wan Azizah merasmikan pelancaran Tabung Segera Sulawesi di Dewan The Grand, Lukut, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia