Harian Metro

PROJEK GAH SIA-SIA

-

„ Tiga boya amaran tsunami berharga

RM7.2 juta tidak berfungsi terpaksa dilupuskan

terpahat sebagai bencana alam terburuk dalam sejarah.

Bagaimanap­un, fungsi boya tsunami pertama yang ditempatka­n kira-kira 500 kilometer (km) dari Langkawi dan kira-kira 60 km dari Bandar Aceh, Indonesia di Laut Andaman pada 30 Disember 2005 didapati tidak memancarka­n data setiap selang 15 minit, sebelum pemeriksaa­n lanjut mendapati alatan itu hilang daripada pusat sauh.

Alatan sama yang diletakkan berhampira­n Pulau Layang-Layang, Sabah dekat Laut China Selatan pada 7 Mac 2006 turut menimpa nasib sama dan dikategori­kan sebagai dilupuskan pertengaha­n

2017 lalu selepas alat berharga jutaan ringgit itu didapati hilang sama ada hanyut dibawa arus atau menjadi ‘mangsa’ perbuatan vandalisme.

Boya tsunami ketiga yang dipasang berhampira­n Pulau Sipadan, Sabah dekat Laut Sulu pada 2010 pula tidak digunakan lagi selepas meletup ketika diselengga­ra di atas kapal MV Pendamar sehingga menyebabka­n kematian ketua jurutera warga Norway, Stig Erik Lyng.

Kejadian pada jam 11.45 pagi itu berlaku ketika Lyng, 53, cuba membuka salah satu skru pada penutup pelampung dengan menggunaka­n alat penggerudi, sebelum objek berwarna hitam dilihat terbang keluar daripada pelampung itu angkara letupan dan mengenai kepalanya.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (METMalaysi­a), Alui Bahari berkata, alatan yang dipasang kontraktor utama iaitu Astronauti­c Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) terpaksa dilupuskan dengan persetujua­n Kabinet ekoran beberapa faktor khususnya aspek kos penyelengg­araan, keberkesan­an dan ketahanan untuk beroperasi jangka panjang.

Katanya, peralatan yang berharga kira-kira RM2.4 juta seunit itu memancarka­n data menerusi satelit Inmarsat C menerusi sistem telemetri setiap 15 minit, namun masa penyaluran maklumat akan berubah menjadi penetapan tsunami, sekali gus menghantar isyarat setiap seminit sekiranya wujud bacaan paras ombak luar biasa.

“Fungsi seperti ini terpaksa dilakukan kerana ingin menjimatka­n penggunaan kuasa bateri. Justeru ia hanya akan aktif menghantar maklumat setiap minit kepada METMalaysi­a apabila sistem pengesan merekodkan bacaan ombak tsunami.

“Susulan lokasi alat ini di tengah laut, kos penyelengg­araannya dua kali setahun dilihat mahal, menjangkau hampir RM500,000 selain terdedah kepada risiko perbuatan vandalisme, kecurian, kerosakan akibat terdedah kepada air laut atau dihanyutka­n arus deras,” katanya.

Susulan pertimbang­an, Alui berkata, fungsi boya tsunami yang keberkesan­annya dipengaruh­i pelbagai faktor luaran diambil alih oleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia