Harian Metro

Panik terpisah dengan isteri

- Amir Abd Hamid, Yusmizal Dolah Aling dan Syazwan Msar cnews@nstp.com.my

„ Sukarelawa­n cerita detik cemas selamatkan keluarga dari gempa tsunami Palu, Donggala

“Biarpun hanya sekitar sejam terpisah dengan isteri, namun ketika itu saya berasa sangat cemas dan sedih. Lebih-lebih lagi isteri hamil anak ketiga kami.

“Ketika gempa melanda, saya segera memeluk erat dua anak dan berlari ke arah bukit. Saya sempat berpesan kepada dia supaya lari ke tanah tinggi tapi dalam keadaan kelam-kabut kami terpisah,” kata Gigih Alambara, 34, mangsa gempa dan tsunami Palu serta Donggala di Sulawesi Tengah, Indonesia.

Lebih mesra dipanggil Pak Gigih, lelaki berasal dari Kelurahan Kabonena, Palu Barat itu berkata, secara kebetulan pada hari kejadian, dia ke Donggala menziarahi keluarga ibu mentuanya.

Menurutnya, dia bersama isterinya yang hamil lima bulan, Angra Kusuma Dewi, 28, dan dua anak mereka iaitu Anggun Halilah, 8, serta Feyra Izatulnisa, 5, tiba di Donggala jam 5 petang.

“Rumah ibu mentua terletak berhampira­n Masjid Raya Donggala, jadi jelas kedengaran alunan mengaji al-Quran sebelum masuk waktu Maghrib di sini, jam 5.53 petang.

“Ketika azan dialunkan gempa pertama dilaporkan bermagnitu­d 6.3 melanda kawasan ini. Selesai azan, sewaktu bilal melaungkan iqamah, sekali lagi gempa melanda dan kali ini dilaporkan bermagnitu­d 7.8.

“Saya segera mendukung dua anak lari menyelamat­kan diri ke bukit iaitu kawasan perkuburan Cina (jirat Cina) terletak berhampira­n. Saya katakan kepada isteri saya perlu selamatkan nyawa anak-anak kami dan kamu perlu lari sendiri terus ke bukit,” katanya, semalam.

Namun, ketika berada di kawasan selamat di tanah tinggi itu, Pak Gigih dan dua anaknya gelisah berikutan isteri yang disangka mengikutny­a dari belakang tidak kelihatan.

Pak Gigih kemudian meminta penduduk tempatan menjaga dua anaknya sementara dia kembali ke rumah ibu mentua untuk mencari isterinya.

Ketika sampai Pak Gigih panik berikutan kediaman ibu mentuanya itu ranap akibat gempa, manakala isteri dan saudara-mara lain yang dicari belum ditemui.

“Sejam jadi tak tentu hala kerana mencari isteri tetapi tak jumpa. Hati saya ketika itu berasa sedih dan jiwa saya lemah. Saya hanya mampu berdoa semoga diketemuka­n semula dengan isteri.

“Pada masa sama saya turut bimbangkan keselamata­n anak-anak yang berlindung di bukit. Dalam keadaan serba-salah itu saya memutuskan kembali ke lokasi anak saya.

“Mujur ketika mendaki bukit berkenaan saya terjumpa dengan isteri ketika itu ditemani ahli keluarga lain. Syukur Alhamdulil­lah, semua selamat kecuali bapa saudara masih hilang sampai sekarang akibat bencana paling hebat pernah dirasai kami setakat ini,” katanya.

Pembekal bahan mentah untuk hotel dan restoran sekitar Kota Palu itu berkata, ketika ini rutin hariannya membantu mengesan mangsa yang mungkin terselamat di bawah runtuhan.

Katanya, gudang penyimpana­n bahan mentah miliknya turut musnah dalam bencana yang melanda ketika penduduk Kota Palu berkumpul menyambut festival adat Palu.

“Sekarang kami yang terselamat memerlukan bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian, sarung, susu, lampin bayi, tuala wanita atau alas seluar dalam dan air bersih. Ada bantuan tak sampai ke kawasan pedalaman sebab dirompak di pertengaha­n jalan.

“Setiap pagi saya keluar untuk mengesan mangsa yang mungkin masih hidup atau membantu penduduk sekadar termampu. Ribuan jenazah di merata-rata tempat, kami hanya mampu tengok atau dialihkan ke tepi saja, semuanya menunggu masa untuk disemadika­n di kubur besar,” katanya.

 ??  ?? GIGIH (kanan) menjadi sukarelawa­n tempatan menyampaik­an sumbangan kepada mangsa gempa bumi yang berlindung di khemah pengongsia­n.
GIGIH (kanan) menjadi sukarelawa­n tempatan menyampaik­an sumbangan kepada mangsa gempa bumi yang berlindung di khemah pengongsia­n.
 ??  ?? PENDUDUK tidur dan berteduh di khemah pengongsia­n kerana tidak berani untuk ke rumah masing-masing bimbang gegaran susulan.
PENDUDUK tidur dan berteduh di khemah pengongsia­n kerana tidak berani untuk ke rumah masing-masing bimbang gegaran susulan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia