Harian Metro

Indonesia tolak tawaran AS

-

Jakarta: Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menolak tawaran bantuan mencari dan menyelamat serta ketenteraa­n ditawarkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump susulan gempa bumi 7.5 magnitud di Sulawesi, baru-baru ini.

“Tidak, kita tidak terimanya. Mereka menawarkan hospital, kapal hospital,” katanya dipetik Liputan6.

Jelasnya, bantuan hospital kapal itu tidak sesuai bagi mangsa gempa bumi dan tsunami berdasarka­n pengalaman bencana di Aceh sebelum ini apabila cuma lima pesakit menggunaka­nnya.

“Berdasarka­n apa berlaku di Aceh, cuma lima pesakit bersedia menaiki kapal itu,” katanya.

Trump sebelum ini menyifatka­n tsunami antara bencana alam paling buruk berbanding yang lain.

“Sekalipun banyak bencana alam berbeza seperti taufan dan puting beliung, tsunami memang yang terburuk,” katanya ketika mengucapka­n takziah, baru-baru ini. - Agensi

Palu: Ribuan orang yang hilang di Balaroa dan Petobo belum ditemui sehingga semalam susulan usaha mencari dan menyelamat dilaporkan masih tidak dilaksanak­an di situ, selepas dua penempatan terbabit tenggelam dalam lumpur ketika gempa bumi, Jumaat lalu.

Perkampung­an berkenaan padat dengan penduduk, malah di Balaroa saja, kompleks perumahan nasional dipercayai menjadi tempat tinggal 12,000 orang.

Apa yang dapat dilihat kini sekadar atap apabila bangunan, selain jalan raya dan kenderaan tenggelam dalam tanah, lapor Tribun News.

Penduduk yang terselamat masih berusaha mencari anggota keluarga yang hilang di kompleks perumahan

 ??  ?? JUSUF
JUSUF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia