Harian Metro

Hujung minggumu

-

Andai berasa lapar, ada food truck yang menjual pelbagai makanan yang memenuhi selera semua.

Ia pasti menjadikan hujung minggu bukan saja menyihatka­n tetapi sesuatu yang cukup menggembir­akan.

Inginkan hari yang penuh dengan aktiviti menarik di samping menghabisk­an masa berkualiti bersama keluarga? #GETACTIVE yang diadakan pada 27 Oktober di Setia Alam adalah lokasinya.

Watsons #GETACTIVE adalah acara tahunan yang diadakan bertujuan mempromosi­kan gaya hidup sihat dan terbuka kepada sesiapa saja termasuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas.

Kempen ini juga diadakan bagi menggalakk­an gaya hidup sihat rakyat Malaysia melalui latihan kecergasan yang mudah dan menyeronok­kan.

Bermula jam enam pagi hingga 11 malam, peserta boleh mengisi masa sepanjang hari dengan mengunjung­i bazar yang menyediaka­n aktiviti menarik seperti bengkel kecantikan, belon udara panas, wall climbing, inflatable playground dan banyak lagi.

Aktiviti menarik lain yang diadakan ialah penyediaan sajian sihat, tutorial mekap, dandanan rambut oleh pakar rambut serta aktiviti kecergasan.

Ia juga diadakan bagi mempromosi­kan Watsons sebagai tempat beli-belah produk kesihatan dan kecantikan yang ideal.

Bagi sama-sama menyertai acara menarik ini, anda hanya perlu mendaftar di mana-mana kedai Watsons di Lembah Klang atau atas talian, dengan bayaran RM30 untuk menyertai Festival #GETACTIVE termasuk cenderahat­i iaitu kemeja-T, beg, gelang silikon dan baucar bernilai RM10.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Watsons #GETACTIVE, layari laman web watsons.com.my /promo-getactive-fest.

 ??  ??
 ??  ?? ACARA yoga dan bengkel kecantikan turut menjadi tarikan.
ACARA yoga dan bengkel kecantikan turut menjadi tarikan.
 ??  ?? PESERTA berzumba
dengan muzik rancak di kawasan
lapang seisi keluarga di Watsons
#GETACTIVE.
PESERTA berzumba dengan muzik rancak di kawasan lapang seisi keluarga di Watsons #GETACTIVE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia