Harian Metro

Acah-acah majlis kahwin

„ Izreen nafi nikah semula seperti didakwa netizen

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

“Itu bukan majlis kahwin tetapi acah macam majlis sebenar. Ia hanya sesi fotografi untuk kenangan saya dan suami. Jadi, jangan fikir yang bukan-bukan pula,” kata pelakon Izreen Azminda mengenai gambar perkahwina­n yang dimuat naik di Instagram, semalam.

Izreen, 33, atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam berkata, ‘majlis perkahwina­n’ yang dibuat itu mendapat tajaan sepenuhnya daripada beberapa pihak.

Malah, Izreen menafikan dia bernikah semula dengan suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Uda seperti didakwa netizen.

“Saya sudah jangka perkara ini mesti kecoh. Malah, ada yang tuduh bukan-bukan. Ingin dijelaskan, penaja mahu sesi fotografi dibuat seperti majlis perkahwina­n sebenar iaitu malam berinai, nikah dan resepsi.

“Apatah lagi selepas berkahwin tahun lalu saya tidak pernah ada gambar rasmi perkahwina­n. Jadi, saya terima tawaran mereka dan mengabadik­an gambar ini sebagai kenangan bersama suami.

“Kalau perasan mana ada gambar tetamu dimuat naik. Secara logik, kalau majlis sebenar mesti saya letak sekali gambar keluarga,” katanya kepada Harian Metro.

Berikutan itu, Izreen memohon maaf kepada keluarga, rakan artis dan media kerana membuatkan mereka tertanya-tanya.

“Sejak semalam ramai yang bertanya. Maafkan saya sebab tidak sempat menjelaska­n satu persatu. Diharap dengan kenyataan ini semua orang jelas dan faham.

“Mustahil saya tidak menjemput mereka ke majlis saya jika betul ia diadakan. Sekali lagi terima kasih kepada semua penaja kerana merealisas­ikan ‘majlis kahwin’ saya,” katanya.

Ia hanya sesi fotografi untuk kenangan saya dan suami Izreen Azminda

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia