Harian Metro

Ucapan RM50 bantu NGO

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

„ Janna Nick tubuh WFTH menerusi khidmat ucapan #wishservic­ebyjannani­ck

Pelakon popular Janna Nick mengumumka­n penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Wish For Their Hope (WFTH) menerusi khidmat ucapan #wishservic­ebyjannani­ck yang dibuat sejak minggu lalu.

Menerusi khidmat yang dikenakan bayaran RM50 bagi setiap ucapan itu, Janna berjaya mengutip lebih RM2,000.

Janna, 23, atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, semua bayaran yang diterima disalurkan terus ke NGO terbabit.

“Alhamdulil­lah, ini langkah awal saya untuk membantu golongan memerlukan. Apa saya buat sepanjang minggu lalu ada alasan dan tujuan tersendiri. Cuma, baru hari ini saya boleh kongsikan.

“Ramai kata saya buat ini untuk kepentinga­n sendiri dan nak cepat kaya. Tetapi, niat itu hanya saya saja tahu. Apa saya buat bukan sekadar suka-suka, tetapi lebih kepada program kebajikan.

“Semua hasil bayaran disalurkan ke pertubuhan ini untuk disumbangk­an kepada badan kebajikan terpilih menerusi program dijalankan pada setiap bulan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Janna, khidmat ucapan yang dibuat turut mendapat sokongan daripada rakan artis seperti Mawar Rashid, Sharifah Sakinah, Zara Zya, Michael Ang dan ramai lagi.

Malah, Janna juga mengajak rakan artis lain untuk sama-sama menjayakan program ini bagi membantu golongan memerlukan.

“Kalau ada rakan artis yang komen dan kritik mengenai tindakan saya, biarlah. Sebab mereka tidak tahu tujuan perkara ini. Kalau saya di tempat mereka pun, saya fikir perkara sama.

“Saya nak berterima kasih kepada Sakinah, Zara, Mawar dan Michael kerana tolong tularkan perkara ini. Mereka tahu apa saya ingin buat dan disebabkan itu mereka sudi bantu,” katanya.

Janna yang juga pengacara Melodi menafikan penubuhan NGO itu sebagai alasan untuk menutup kontrovers­i mengenai khidmat ucapan yang dibuat. “Penubuhan NGO ini saya sudah rancang empat bulan lalu. Cuma, baru minggu lalu saya lancarkan mekanisma untuk menjayakan­nya.

“Alhamdulil­lah, ia menjadi meskipun mengundang pelbagai cakap-cakap negatif dalam kalangan netizen dan masyarakat termasuk segelintir selebriti.

“Kalau ada kata khidmat ucapan ini gimik kepada penubuhan NGO ini, saya okey saja. Saya sedar, dengan cara ini ia membolehka­n orang ramai buka mata. Saya percaya, kalau ia dimulakan dengan cara baik pasti sukar nak dapat perhatian,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian
Metro 29 Sepember lalu
LAPORAN Harian Metro 29 Sepember lalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia