Harian Metro

Najib beri keterangan 3 jam

-

Bekas Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi keterangan selama kira-kira tiga jam di Pejabat Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, semalam.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pekan itu tiba di menara berkenaan jam 9.40 pagi, namun tidak menggunaka­n laluan utama walaupun kira-kira 50 petugas media daripada pelbagai agensi menunggu sejak jam 8.30 pagi di situ.

Difahamkan, Najib hadir kali ketiga untuk memberi keterangan berhubung skandal 1Malaysia

Developmen­t Berhad (1MDB) dan proses transaksi kewangan pada 2011.

Selepas hampir lima jam menunggu, petugas media hampa apabila Najib sekali lagi tidak menggunaka­n laluan di lobi utama dan dipercayai meninggalk­an menara itu kira-kira jam 1 tengah hari.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sebelum ini dilaporkan akan memanggil semula Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kerana memerlukan maklumat daripada pasangan terbabit untuk membantu siasatan.

Rosmah juga akan dipanggil untuk dirakam keterangan dan mengenal pasti barangan dirampas.

Pada 27 Ogos lalu, Najib hadir bersama peguamnya ke pejabat AMLA, bagi membantu siasatan berhubung 1MDB sekitar jam 10 pagi.

Beliau sekali lagi hadir di unit berkenaan pada 30 Ogos lalu, namun gagal dikesan pihak media selepas dipercayai menggunaka­n laluan dari belakang menara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia