Harian Metro

Kes ubah wang haram diarah pindah ke Mahkamah Tinggi

-

Kuala Lumpur: Kes membabitka­n pengubahan wang haram dan mengemukak­an penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapi peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diarah dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi semalam, Hakim Datuk Azman Abdullah mengarahka­n kes dipindahka­n dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selepas membenarka­n permohonan Muhammad Shafee yang diwakili peguam, Harvinderj­it Singh.

Azman dalam keputusann­ya berkata, ia berikutan ada persetujua­n antara kedua-dua pihak terbabit.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz bagi pihak pendakwaan memberitah­u mahkamah, pihaknya tiada sebarang bantahan terhadap permohonan Muhammad Shafee untuk memindahka­n kes itu ke Mahkamah Tinggi. Muhammad Shafee turut hadir di mahkamah, semalam.

Afzainizam ketika ditemui selepas prosiding berkata, surat daripada pihak pendakwaan yang tidak membantah permohonan itu dikemukaka­n kepada mahkamah pada 28 September lalu.

Beliau berkata, pada peringkat ini, semua pihak akan menunggu sebutan di Mahkamah Sesyen untuk memaklumka­n perkembang­an terbaru.

Mahkamah Sesyen kelmarin menetapkan 8 Oktober ini bagi sebutan kes itu.

Pada 13 September lalu, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menerima wang RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Razak hasil aktiviti pengubahan wang haram dan membuat penyata tidak betul kepada

LHDN.

Muhammad Shafee didakwa membabitka­n diri dalam pengubahan wang haram, iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek milik Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Beliau didakwa menerima cek RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.

 ??  ?? MUHAMMAD Shafee hadir untuk permohonan memindahka­n kes pengubahan wang haram ke Mahkamah Tinggi.
MUHAMMAD Shafee hadir untuk permohonan memindahka­n kes pengubahan wang haram ke Mahkamah Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia