Harian Metro

‘Terlalu sedih untuk ditangisi’

-

Kuala Lumpur: Anak perempuan Datin Seri Rosmah Mansor tidak dapat menahan kesedihan apabila ibunya ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Nooryana Najwa meluahkan apa yang terbuku dihatinya melalui satu hantaran bersama sekeping gambar dengan ibunya.

Katanya, selepas apa yang berlaku terhadap bapanya, Datuk Seri Najib Razak, terlalu sedih untuk ditangisi dan terlalu geram untuk menjerit terhadap apa yang berlaku terhadap ibunya.

“Saya terima panggilan paling ditakuti pada jam 4 pagi (semalam). Terlalu sedih untuk ditangisi, terlalu marah untuk menjerit.

“Saya bangun lalu lantas mengambil wuduk dan sembahyang tahjud untuk ibu. Situasi esok saya jangka akan hasilkan gambar terbaik dan media sarkis,” katanya.

Nooryana juga berdoa sambil berharap ibunya tenang kerana beliau akan mula bimbang terhadap keadaan seluruh keluarga di rumah lebih-lebih lagi cucunya.

“Bagaimana Gina akan menghadapi situasi ini? Saya harap dia pergi kelas hari ini? Adakah Adam OK?” kata Nooryana berhubung perkara yang akan terngiang-ngiang dalam fikiran ibunya.

Menurut Nooryana, sesukar manapun keadaan yang menimpa ibunya, dia akan sentiasa berdiri teguh di belakang wanita yang melahirkan­nya.

“Dalam kata-kata ibu pagi tadi, Insya-Allah, kami akan bertahan,” kata Nooryana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia