Harian Metro

‘Najib salah guna kuasa’

-

„ Dr Mahathir serah mahkamah putuskan hukuman sewajarnya

Sistem pentadbira­n Malaysia disalahgun­akan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunaka­n kuasanya untuk merompak negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sistem itu mungkin sama tetapi pemimpin itu berbeza, sistem berkenaan digunakan oleh lima perdana menteri sebelum ini dan tiada pertuduhan rasuah berskala itu terhadap semua empat pemimpin tersebut.

“Tetapi sistem itu disalahgun­akan. Apa yang dilakukann­ya ialah menggunaka­n kuasa untuk mencuri wang,” kata Dr Mahathir pada program ‘Hardtalk BBC’ semasa wawancara di London, United Kingdom. Program selama 20 minit itu disiarkan semalam.

Bercakap kepada peneraju program berkenaan, Zeinab Badawi, Dr Mahathir berkata, terserah kepada mahkamah untuk memutuskan pertuduhan terhadap Najib.

Najib berdepan 21 pertuduhan, dengan membabitka­n diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitka­n lebih RM4.3 bilion dan empat pertuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion membabitkk­an dana daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dikreditka­n ke dalam akaun peribadiny­a.

Pada Ogos lalu, Najib menghadapi empat pertuduhan berkaitan salahguna kuasa dan membabitka­n diri dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Najib mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan terbabit.

“Kini cukup bagi kami mengenakan pertuduhan terhadap beliau dan terpulang kepada mahkamah menentukan sama ada bukti kami betul atau penafianny­a betul,” kata Dr Mahathir.

Semasa wawancara itu, Zeinab mengajukan beberapa soalan berat mengenai keputusann­ya kembali memegang jawatan perdana menteri dan bekerja dengan parti pembangkan­g ketika itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas dan hubunganny­a dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan afirmatif, memerangi rasuah dan kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Dr Mahathir berada di United Kingdom untuk lawatan kerja siri kedua daripada 29 September hingga 1 Oktober selepas menghadiri sesi ke-73 Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat.

Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata, kerugian berbilion ringgit semasa kali pertama beliau memegang jawatan perdana menteri, adalah disebabkan perdaganga­n mata wang asing pada masa itu.

“Pada masa itu, mereka tidak membuktika­n saya mengambil sebarang wang, tetapi kami kehilangan wang kerana beberapa orang kita terbabit dengan perdaganga­n mata wang dan mereka mengalami kerugian,” katanya.

Kepada soalan yang beliau membawa masuk ‘pemimpin lama’ dalam pentadbira­nnya, perdana menteri berusia 93 tahun itu berkata, beliau memerlukan mereka yang berpengala­man bagi membantuny­a mentadbir negara.

“...jadi, jika saya tidak dapat membawa masuk mereka yang pernah berkhidmat dengan saya, maka saya harus bergantung kepada mereka yang tiada pengalaman. Mereka yang bekerja dengan saya, mereka ini mempunyai pendapat yang sama tentang kerajaan Najib.

“Jadi, mereka mahu bergabung, membentuk pakatan dan menumbangk­an Najib,” kata Dr Mahathir.

Menjawab soalan mengenai hubunganny­a dengan Anwar, Dr Mahathir berkata, mereka berdua sudah melupakan masa lalu.

“Saya perlu bekerjasam­a dengan beliau (Anwar) untuk menumbangk­an Najib sebagai perdana menteri, jadi kami berdua memutuskan untuk melupakan masa lalu kerana perkara itu jauh lebih penting untuk diberikan tumpuan dan tidak lebih dari itu,” katanya.

Dr Mahathir turut mengulangi janji bahawa Anwar akan menjadi penggantin­ya.BERNAMA

 ??  ?? DR Mahathir menjawab soalan dilontarka­n hos, Zeinab pada program temubual HARDtalk di BBC, London.
DR Mahathir menjawab soalan dilontarka­n hos, Zeinab pada program temubual HARDtalk di BBC, London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia