Harian Metro

Minta undi calon Perdana Menteri

-

Port Dickson: Anda mengundi calon Perdana Menteri! Begitulah ingatan dilontarka­n Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mengingatk­an pengundi Parlimen Port Dickson mengenai status dibawa calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamed Azmin yang turun membantu kempen di Kampung Arab di sini, malam kelmarin berkata, masyarakat setempat seharusnya memberi sokongan padu kepada Anwar selaku bakal Perdana Menteri.

“Jika peratusan keluar mengundi hanya 40 sehingga 45 peratus, jumlah itu amat kurang memuaskan.

“Kita perlu bekerja keras. Jangan ambil mudah dan terlalu berpuas hati,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, pengundi yang tinggal di Singapura dan Johor Bahru perlu pulang mengundi untuk menjadi sebahagian daripada sejarah dengan mengundi bakal Perdana Menteri.

“Saya yakin Anwar akan menang di Port Dickson dan kita menjadikan­nya kemenangan besar dengan majoriti lebih daripada 20,000 undi,” katanya.

Azmin berkata, bekas Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah memperoleh majoriti lebih 17,000 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“PRK ini penting dalam membuka jalan kepada Anwar menjadi Perdana Menteri menggantik­an Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

“Anda perlu memberi peluang kepada Anwar supaya membawa pembaharua­n di Port Dickson.

“Jika anda mahu pemimpin yang bersih, berkelayak­an, boleh dipercayai dan mempunyai integriti, anda perlu memilih Anwar,” katanya.

 ?? Mohamed Azmin Ali ?? Anda perlu beri peluang kepada Anwar supaya membawa pembaharua­n di Port Dickson”
Mohamed Azmin Ali Anda perlu beri peluang kepada Anwar supaya membawa pembaharua­n di Port Dickson”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia