Harian Metro

‘Pulanglah mengundi’

- Veena Babulal and Tuty Haryanti Ahmad Rodzi cnews@nstp.com.my

„ Anwar seru pemilih tinggal di luar kawasan balik tunai kewajipan

Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan harapan tinggi supaya pengundi kawasan itu yang tinggal di luar kawasan pulang menunaikan kewajipan pada 13 Oktober ini.

Ketua Umum PKR itu mengakui sukar mendapat jumlah undi besar kerana berdepan enam calon lain.

“Mana saya nak letak muka kalau pada 13 Oktober nanti Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) umum saya menang majoriti 200 undi.

“Maka dengan itu, kalau ada anak yang tinggal di Lembah Klang atau Johor Bahru atau mana-mana saja di luar Port Dickson, suruh mereka pulang mengundi.

“Kali ini, saya perlukan bantuan saudara semua, lepas ini saya pula bantu saudara,” katanya dalam ceramah ketika berkempen di Kampung Arab di sini, malam kelmarin.

Anwar turut menyifatka­n lima calon Bebas yang bertanding pada PRK kali ini seakan-akan cuba menghalang­nya daripada menang selesa.

“Mereka yang letak calon Bebas ini cuma nak memalukan saya sebab tidak mahu saya menang bergaya,” katanya.

Anwar yang sebelum ini menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh memilih untuk bertanding di Port Dickson dengan aspirasi memajukan lagi kawasan setempat.

Antara pesaing utamanya ialah anak tempatan yang juga bekas pemimpin UMNO Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang bertanding sebagai calon Bebas.

 ??  ?? ANWAR (tengah) beramah mesra dengan orang ramai ketika berkempen di Kampung Arab, kelmarin.
ANWAR (tengah) beramah mesra dengan orang ramai ketika berkempen di Kampung Arab, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia