Harian Metro

Tunai nafkah tempoh edah

-

„ Suami perlu beri makan, tempat tinggal kepada bekas isteri

tempat tinggal isteri. Suami wajib mengadakan kedua-dua nafkah itu melainkan dihalalkan oleh isteri mereka.

Melalui firman Allah dalam surah at-Talaq, ayat 6 yang bermaksud: “Tempatkanl­ah isteri-isteri (yang menjalani edahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahka­n kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalk­an tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungn­ya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundingl­ah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukan­nya.

Melihat kepada persoalan pembaca, tindakan suami menempatka­n isteri menjalani tempoh edah di rumah perkahwina­n mereka adalah tepat dan memenuhi kehendak hukum syarak dan undang-undang.

Selain penyediaan tempat tinggal, suami perlu menyediaka­n nafkah untuk isteri selama edah berkenaan. Tujuan dan hikmah pensyariat­an edah kepada wanita Islam antaranya sebagai ruang suami dan isteri untuk berfikir dan menilai semula tindakan dan kesilapan yang dilakukan termasuk kesan perceraian yang berlaku.

Di samping itu, ia dapat memberi peluang kepada suami kembali rujuk kepada isterinya. Dalam mencapai maksud atau hikmah edah khususnya bagi memberi ruang suami merujuk isterinya, berdasarka­n pandangan Mazhab Syafie, suami tidak boleh sama sekali tinggal bersama isterinya dalam tempoh edah melainkan isteri tinggal bersama mahram seperti ibu bapa atau adik-beradiknya.

Jika suami tetap berterusan tinggal bersama isteri dalam keadaan tanpa mahram lain, dibimbangi berlakunya perkara yang tidak mematuhi hukum syarak seperti berkhalwat.

Hubungan suami isteri menjadi haram kerana gugurnya talak dan isteri menjadi wanita ajnabi yang perlu memelihara auratnya di hadapan bekas suami berkenaan.

Sekiranya terdapat mahram di dalam rumah, harus bagi suami masuk atau tinggal bersama di dalam bilik yang berasingan atau rumah bertingkat.

Tindakan untuk tinggal bersama bekas isteri juga boleh didakwa di atas kesalahan berkhalwat selagi suami tidak rujuk atau tidak berniat langsung untuk rujuk.

Sehubungan itu, terdapat beberapa kaedah lain yang boleh dilakukan suami atau isteri bagi menilai semula perceraian yang berlaku dan memikirkan hasrat untuk rujuk kembali sepanjang tempoh iddah berlangsun­g.

Tegahan dan halangan di sisi syarak hendaklah diambil perhatian dan tidak sama sekali dilanggar demi memenuhi kehendak sendiri.

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia