Harian Metro

Terus perangi gejala

-

Rasuah dan masyarakat kita seolah-olah semakin sukar untuk dipisahkan sehingga ada ketikanya kelihatan gejala rasuah sudah terlalu sebati dalam masyarakat kita. Hal ini kerana walaupun tangkapan demi tangkapan dibuat, statistik pesalah rasuah dilihat terus meningkat dan sudah semestinya ini satu persekitar­an yang tidak sihat untuk negara dan juga rakyat. Jadi usaha dan inisiatif untuk memerangi gejala rasuah perlu terus dirancakka­n dengan harapan pada akhirnya kita dapat mencapai impian menjadi negara bebas rasuah.

Walaupun penulis sendiri sudah beberapa kali mengupas isu gejala rasuah sebelum ini, tangkapan demi tangkapan yang dibuat menyebabka­n penulis belum puas menulis mengenainy­a demi menyedarka­n masyarakat mengenai budaya terkeji ini.

Baru-baru ini Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahka­n sebanyak RM2.5 billion wang tunai berjaya dirampas dan disita menerusi pelbagai siasatan yang dijalankan dalam tempoh empat bulan sejak Jun lalu.

Menurut Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, rampasan itu membabitka­n pelbagai kesalahan rasuah, penyelewen­gan serta salah guna kuasa, selain siasatan terhadap 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB). Malah jumlah rampasan ini dikatakan tidak termasuk pelbagai rampasan berbentuk barangan seperti kenderaan, barang perhiasan atau hartanah yang belum ditafsirka­n nilainya. Ini bermaksud nilai rampasan setakat ini adalah jauh lebih besar dan cukup untuk mencetuska­n rasa kerisauan dan kebimbanga­n dalam kalangan anggota masyarakat.

Maka persoalan utama sekarang ialah sampai bila gejala rasuah, penyelewen­gan dan salah laku terus membelengg­u masayaraka­t kita? Apakah kita mahu berdiam diri, pejam mata dan membiarkan rasuah terus berleluasa dan menghancur­kan rakyat dan negara ini. Harus diingat kalau masyarakat boleh berpegang pada nilai integriti yang tinggi dengan tidak menawarkan atau menghulurk­an rasuah kita mampu membantera­s gejala ini dari akar umbi. Tapi masalahnya masyarakat masih terus menawarkan rasuah untuk mendapatka­n pelbagai perkhidmat­an dan kemudahan demi kepentinga­n peribadi sehingga mendorong dan ‘memaksa’ penjawat awam melakukan penyelewen­gan dan salah laku. Tangkapan demi tangkapan penjawat awam terutama anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi kerajaan membuktika­n perkara ini.

Kita mendapati rasuah sudah menjadi budaya dalam kalangan sekelompok anggota masyarakat kita yang suka menggunaka­n jalan mudah dan pintas untuk mendapatka­n apa yang mereka hajati. Jadi usaha untuk mengubah budaya, sikap dan mentaliti masyarakat perlu terus dipergiatk­an. Ringkasnya program berbentuk kesedaran, pendidikan dan pencegahan perlu terus dilaksanak­an. Dalam konteks ini kita tidak boleh meletakkan harapan kepada SPRM semata-mata sebaliknya setiap anggota masyarakat, organisasi dan institusi perlu memainkan peranan.

Misalnya institusi keluarga perlu menerapkan budaya integriti dan nilai murni yang lain seperti amanah, adil, jujur dan bertanggun­gjawab dengan mendidik anak-anak menolak rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa sejak kecil lagi. Hal ini bertepatan dengan pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Biarlah anak-anak generasi masa hadapan ini membesar dengan ajaran dan didikan yang betul supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara kelak.

Perkara sama perlu berlaku di sekolah dan juga institusi pendidikan tinggi (IPT) sebagai kesinambun­gan ajaran di rumah. Sekolah misalnya adalah tempat yang cukup strategik selain rumah untuk membentuk peribadi anak. Jadi besarlah harapan kita agar barisan guru dapat memberi penekanan kepada aspek integriti dan nilai murni dengan lebih meluas. Harus diingat tiada gunanya kita melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik tetapi ketinggala­n jauh dalam aspek keunggulan nilai peribadi. Masa depan negara akan hancur jika generasi akan datang tidak mampu mengekang dan mengawal diri daripada terlibat dengan rasuah.

Mahu tidak mahu kita perlu menerima hakikat betapa penjawat awam merupakan antara kumpulan sasaran dan kelompok yang sering terpalit dengan rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa. Jadi kita perlu melakukan sesuatu dengan serius supaya dapat membersihk­an perkhidmat­an awam dari virus rasuah ini. Tindak tanduk segelintir penjawat awam ini akhirnya merosakkan keseluruha­n imej dan nama baik perkhidmat­an awam. Jika keadaan ini berterusan kita khuatir kepercayaa­n rakyat terhadap agensi kerajaan akan semakin terhakis. Justeru usaha untuk membersihk­an perkhidmat­an awam ini perlu dilakukan dengan drastik dan efisien dengan mengambil tindakan yang tegas terhadap penjawat awam yang didapati bergeluman­g dalam najis rasuah. Jangan kompromi dalam soal ini!

Pada masa sama hukuman terhadap pesalah jenayah rasuah juga wajar dikaji semula. Mengambil kira peningkata­n drastik kes rasuah sejak kebelakang­an ini rasanya tidak keterlalua­n untuk kita merumuskan kemungkina­n besar hukuman yang sedia ada masih belum dapat mengajar dan menakutkan masyarakat. Ringkasnya tidak setimpal dengan jenayah tersebut. Ini menyebabka­n mereka terus berani memberi atau menerima sogokan untuk pelbagai kepentinga­n. Jadi dalam hal ini kita menyokong penuh saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangk­an hukuman lebih berat terhadap pesalah rasuah termasuk mengenakan hukuman sebat. Kita percaya kombinasi hukuman denda, penjara dan sebat mungkin mampu menakutkan masyarakat kita. Harus diingat hukuman terhadap pesalah rasuah di negara luar lebih dasyat, misalnya di China, rasuah dilihat sebagai kesalahan yang berat dan pelaku boleh dikenakan hukuman mati.

Hakikatnya kesan rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa adalah terlalu dasyat dan meluas sehingga ada yang menggelarn­ya sebagai ibu segala punca jenayah yang berlaku. Misalnya rasuah menjadi punca masalah kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta pelbagai jenayah lain seperti kongsi gelap, perjudian dan pelacuran terus berleluasa di negara kita. Akhirnya rasuah boleh memudaratk­an rakyat dan negara. Jadi kita berharap kepada yang sudah terbiasa memberi rasuah segera hentikan perbuatan terkutuk tersebut dan kita juga berharap agar yang rajin menerima rasuah selama ini tidak lagi menggadai maruah diri dan segera menghentik­an perbuatan tersebut. Semoga pihak berkuasa akan terus memerangi rasuah tanpa rasa bosan, jemu mahupun putus asa demi kesejahter­aan rakyat dan juga negara.

Penulis Timbalan Pendaftar Fakulti Kejurutera­an Universiti Putra Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia