Harian Metro

RM100,000 campur sebat

- Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencadangk­an pindaan kepada Akta Kastam 1967 bagi menaikkan denda, minimum RM100,000 dan sebatan terhadap mereka yang menjual arak dan rokok seludup.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromania­m berkata, cadangan pindaan itu dimaklumka­n kepada kerajaan dan menunggu dibentangk­an ke Parlimen.

“Apa yang kita cadangkan kepada kerajaan adalah satu jumlah (penalti) yang berat iaitu minimum RM100,000, walaupun premis itu menjual hanya satu karton rokok atau sebotol arak seludup.

“Kita juga mengesyork­an supaya sebatan turut dikenakan kepada pesalah.

“Sekiranya pindaan ini diluluskan, kita percaya mampu mengawal kegiatan premis yang menjual rokok dan arak haram atau tiruan ini, bagi mereka yang terbabit, hentikan kegiatan,” katanya di sini, semalam.

Tahun lalu, JKDM mencadangk­an pindaan kepada Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 yang mana individu memiliki, menyimpan, mengangkut, menghantar, mengedar, menyorok dan menjual rokok atau minuman keras seludup boleh dikenakan denda tidak kurang RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun.

Ketika ini, mereka yang didapati bersalah menjual dan memiliki rokok seludup mengikut seksyen sama hanya dikenakan hukuman denda maksimum 20 kali nilai baperubaha­n rang atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanap­un tiada perkembang­an lanjut bagi pindaan akta berkenaan berikutan terdapat bantahan oleh sesetengah pihak termasuk badan bukan kerajaan, selain kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. Difahamkan JKDM sekali lagi mencadangk­an pindaan akta berkenaan, kali ini termasuk susulan kes keracunan arak yang mengorbank­an puluhan nyawa baru-baru ini.

Dalam pada itu, Subromania­m berkata, JKDM menggempur 1,063 premis menjual arak di sekitar Lembah Klang sejak 21 September lalu susulan kes keracunan arak berkenaan.

Katanya, hasil serbuan membawa kepada rampasan 17,374 liter minuman keras antaranya jenama Grand Royal Whisky, Kingfisher Extra, Carlsberg, cap Kapak, Camel Strong, Mandalay, Club 99.

“Ia membabitka­n nilai anggaran RM40,571 dan jumlah cukai RM168,375. Dalam operasi ini juga, 129 individu ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 20(1) Akta Eksais 1976,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga menumpaska­n satu sindiket pemprosesa­n arak tiruan dalam serbuan di sebuah premis kilang

„ Kastam cadang hukuman lebih berat penjual arak, rokok seludup

di Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati premis itu menjadi tempat memproses arak tiruan pelbagai jenama seperti Mandalay, Club 99 dan Grand Royal berdasarka­n penemuan botol dan pelekat, alat pembotolan arak serta bahan memproses arak tiruan.

“JKDM menahan seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun disyaki terbabit dalam sindiket ini. Kami turut menemui 650 liter minuman keras jenama The Sea Special Quality dipercayai barang tak berkastam yang nilai dan cukainya dianggarka­n RM10,000,” katanya.

 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ?? SUBROMANIA­M (dua dari kanan) menunjukka­n arak tiruan yang dirampas selepas Kastam mematahkan sindiket pemprosesa­n arak tiruan, semalam. Gambar kecil, pelbagai barangan memproses arak tiruan turut dirampas.
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH SUBROMANIA­M (dua dari kanan) menunjukka­n arak tiruan yang dirampas selepas Kastam mematahkan sindiket pemprosesa­n arak tiruan, semalam. Gambar kecil, pelbagai barangan memproses arak tiruan turut dirampas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia