Harian Metro

Rasuah elemen utama kegiatan haram berleluasa

-

Kuala Lumpur: Perbincang­an Meja Bulat Mengenai Penyelidik­an Perniagaan Rokok Seludup di Malaysia menyimpulk­an rasuah adalah faktor utama menyebabka­n kegiatan haram itu terus berleluasa.

Persidanga­n anjuran Pusat Kajian Polisi Awam yang dikendalik­an pengerusin­ya, Tan Sri Dr Ramon Navaratnam di Universiti Malaya turut dihadiri ahli panel dari Kementeria­n Kesihatan diwakili Dr Nor Aryana Hassan; Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, Dr Norashidah Mohamed Nor dan Pengasas Kumpulan Tindakan Wanita Malaysia Bagi Kawalan Tembakau Dan Kesihatan, Prof Madya Dr Zarihah Zain.

Dr Ramon dalam penggulung­an perbincang­an itu berkata, isu integriti dan rasuah membabitka­n agensi penguat kuasa menjadi punca utama sindiket penyeludup­an rokok boleh beroperasi dengan lancar menyebabka­n rokok seludup melambak di pasaran.

“Masalah integriti dan penerimaan rasuah dalam kalangan pegawai penguat kuasa yang tidak amanah menjadi duri dalam daging ketika kita berusaha bersama-sama membantera­s isu rokok seludup, sekali gus merencatka­n hasrat menurunkan jumlah perokok di negara ini.

“Kempen kerajaan supaya rakyat negara ini menghindar­i tabiat merokok sama ada rokok berdaftar atau seludup tidak dapat direalisas­ikan sekiranya masih ada penguat kuasa bersekongk­ol dengan sindiket melepaskan rokok seludup ke pasaran.

“Sebab itu rokok seludup yang dijual dengan harga lebih murah mudah didapati di kedai walaupun pelbagai kempen dilaksanak­an,” katanya.

Sementara itu, Dr Norashidah berkata, rasuah sangat signifikan dikaitkan dengan perniagaan gelap rokok seludup dan dapatan berkenaan konsisten dengan hasil penyelidik­an terdahulu.

“Berdasarka­n kajian, pemacu kepada kegiatan rokok seludup mengikut turutan mendapati rasuah di tempat teratas diikuti kelemahan pengurusan cukai, pelaksanaa­n penguatkua­saan lompong, kehadiran rangkaian tidak formal dan rangkaian penjenayah serta akses mudah untuk mendapatka­n bahan tembakau murah,” katanya.

 ?? Dr Ramon Navaratnam ?? Kempen kerajaan supaya rakyat negara ini menghindar­i tabiat merokok sama ada rokok berdaftar atau seludup tidak dapat direalisas­ikan sekiranya masih ada penguat kuasa bersekongk­ol dengan sindiket melepaskan rokok seludup ke pasaran”
Dr Ramon Navaratnam Kempen kerajaan supaya rakyat negara ini menghindar­i tabiat merokok sama ada rokok berdaftar atau seludup tidak dapat direalisas­ikan sekiranya masih ada penguat kuasa bersekongk­ol dengan sindiket melepaskan rokok seludup ke pasaran”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia