Harian Metro

Ditahan simpan, edar arak dari India

-

Kegiatan sebuah sindiket menyimpan dan mengedar arak seludup dari India sejak dua tahun lalu lumpuh dengan tertangkap­nya tiga individu di sekitar Bukit Tinggi di sini, malam semalam.

Difahamkan, sebuah rumah teres dua tingkat disewa suspek untuk dijadikan stor simpanan pelbagai jenis minuman keras belum lulus kastam sebelum diedarkan kepada pasaran tempatan.

Arak itu membabitka­n beberapa jenama yang tersenarai dalam kes keracunan alkohol hingga mengorbank­an puluhan nyawa, baru-baru ini.

Kegiatan itu berakhir selepas premis berkenaan diserbu anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) jam 11.15 malam.

Hasil serbuan, polis menahan tiga lelaki tempatan berusia 18 hingga 24 tahun dan merampas pelbagai jenama arak dianggarka­n bernilai RM40,000.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, hasil maklumat dan risikan Op Methanol, pihaknya menahan suspek pertama di sebuah rumah.

“Ia membawa kepada penahanan dua lagi suspek di sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpana­n arak di Taman Sentosa.

“Hasil pemeriksaa­n, kami menemui ribuan botol arak pelbagai jenama tanpa kelulusan kastam termasuk yang disyaki mengandung­i methanol berlebihan,” katanya di pejabatnya, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia