Harian Metro

BERDUET DENGAN SUAMI

-

Fazura, Fattah bakal rakam album berkonsepk­an kisah

cinta mereka

Fazura mengakui dirinya selesa bersendiri­an sebelum bertemu Fattah dan gembira dengan apa yang dilaluinya suatu ketika dulu.

“Saya okey kalau tak kahwin dan tak kisah orang nak gelar andartu dan sebagainya. Saya tak ambil kisah dan lebih senang dengan diri sendiri. Tapi apabila Allah kurniakan Fattah sebagai suami, saya tak sangka kehidupan akan jadi lebih lengkap, lebih bahagia dan gembira,” katanya.

Bercakap mengenai karier pula, Fazura yang pernah menghasilk­an album berjudul Fazura tahun lalu melahirkan perasaan gembiranya kerana baru saja merakamkan single terbarunya di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

“Ini pertama kali saya dapat peluang sepenuhnya untuk belajar tulis lirik lagu sendiri. Di sana, saya bekerjasam­a dengan dua penerbit iaitu Willy Beamen dan Cameron Forbes.

“Mereka bukan baru kerana pernah bekerja dengan Greyson, Demi Lovato, Nicky Minaj dan ramai nama besar di sana. Tapi, mereka masih muda, sangat berbakat dan begitu merendah diri,” katanya.

Bercerita lanjut, Fazura berkata, daripada kosong mereka berkurung dalam studio itu sehingga berjaya menyiapkan lagu yang sempurna.

“Kami cipta bermula daripada lirik, tempo dan semuanya bersama. Lagunya berjaya disiapkan dalam tempoh sehari. Saya jumpa mereka dalam jam 12 tengah hari dan pada jam 7 petang semuanya selesai dan kemudian melalui proses rakaman.

“Lagu yang berjudul sementara Can’t

Forget Me itu dirasakan mampu memikat hati peminat. Liriknya dihasilkan bersama Cameron,” katanya.

Menurutnya, lagu itu mengajak wanita memperkasa diri walaupun selepas berpisah dengan kekasih.

“Ia akan dihasilkan dalam bentuk single terlebih dahulu oleh Universal Music Malaysia. Mereka akan edarkan di peringkat global.

“Saya dan Fattah kini bernaung di bawah syarikat rakaman sama dan bakal merakamkan sebuah album duet tak lama lagi. Album itu nanti berkonsepk­an kisah cinta kami dan mengandung­i lagu baru dan lama antaranya lagu Jangan Ada Dusta Di Antara Kita nyanyian Dewi Yull dan Broery Marantika,” katanya. - Ridzuan Abdul Rahman

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia