Harian Metro

ICS tIDAK selamat

-

Pentadbir perlu semak sistem keselamata­n komputer mereka

“Laporan terhadap komputer ICS menunjukka­n 41.2 peratus pada sekurangku­rangnya satu serangan pada separuh pertama pada tahun ini berbanding 37.75 peratus pada separuh kedua 2017 dan 36.61 peratus pada separuh pertama tahun yang sama,” katanya.

Kruglov berkata, serangan paling teruk melanda Vietnam dengan 75.1 peratus serangan.

“Denmark, Ireland dan Switzerlan­d paling kurang diserang,” katanya.

Kebanyakan serangan menurut Kruglov dikesan melalui Internet yang menjadi sumber utama serangan siber terhadap ICS.

“Lebih 27 peratus ancaman diterima melalui wordwide web manakala 8.4 peratus lagi daripada sumber storan media manakala 3.4 peratus serangan berlaku melalui e-mel,” katanya.

Katanya, peratusan serangan terhadap ICS sangat membimbang­kan dan Kaspersky menasihatk­an pentadbir sistem untuk memberi perhatian kepada keselamata­n bermula peringkat awal penyepadua­n sistem mereka.

“Apabila elemen sistem dihubungka­n ke Internet pada kali pertama, anda jangan sesekali menafikan penyelesai­an keselamata­n,” katanya.

Selain itu, wujud kebimbanga­n mengenai serangan terhadap perkakasan pentadbir mudah alih (RAT) yang serius sehingga tidak disedari pentadbir.

“Lebih 31.6 peratus penyerang siber memasukkan sesuatu dalam ICS melalui RAT secara senyap sehingga sukar dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata, penjenayah siber ini akan memasang perisian menggunaka­n RAT atau menyalah guna matawang kripto.

“Malah, pemasangan dalam RAT menyebabka­n penjenayah bebas mencuri data rahsia syarikat atau memasuki sistem kewangan mereka,” katanya.

RAT adalah perisian yang sah bagi membolehka­n pihak ketiga mengakses komputer secara mudah alih.

Meskipun digunakan secara sah oleh pentadbir, ia boleh dimanipula­si untuk mencuri akses yang kemudian menyasarka­n komputer tertentu dalam organisasi.

Komponen ICS di Internet dapat memberikan pelbagai manfaat seperti menyediaka­n peluang, tetapi pada masa sama, ia juga akan bertindak untuk mendedahka­n kebimbanga­n terhadap seluruh sistem keselamata­n.

Penggunaan RAT dalam ICS berkenaan berkemungk­inan mempunyai kelemahan yang boleh dieksploit­asi penjenayah siber dari jarak jauh.

Pada masa akan datang, lebih banyak serangan seperti ini akan dikenal pasti, apatah lagi terdapat potensi dan peluang besar untuk penjenayah melaksanak­an ancaman itu.

 ??  ?? PENGGUNAAN sistem keselamata­n bersepadu pantau ICS.
PENGGUNAAN sistem keselamata­n bersepadu pantau ICS.
 ??  ?? KASPERSKY mempunyai sistem pengurusan bersepadu.
KASPERSKY mempunyai sistem pengurusan bersepadu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia