Harian Metro

Unik, sangat cantik

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Oppo Find X dengan rekaan berbentuk bulat di tepi skrin

Telefon unik yang mengembali­kan nostalgia Oppo ketika ia mula-mula diperkenal­kan. Itulah yang ada pada Oppo Find X.

Ia adalah telefon

Oppo Find X yang memasuki pasaran Malaysia dengan spesifikas­i yang penguji tuliskan di sini secara ringkas.

Oppo Find X dijual pada harga RM3,699 di laman web Oppo, Lazada atau syarikat telekomuni­kasi terpilih bersaiz 6.4 inci muat dalam genggaman tangan meskipun saiznya besar.

Telefon dengan nisbah 93.8 peratus pada keseluruha­n paparannya tiada untuk kamera dan sensor. Ia pasti menggembir­akan sesetengah pengguna yang bosan dengan fungsi terbabit.

Sebaliknya, Oppo Find X mempunyai satu ciri unik yang kekal sejak

Find diperkenal­kan iaitu kamera dari belakang yang muncul dengan cara ia menggelong­sor naik apabila aplikasi kamera diaktifkan.

Ia mempunyai paparan jenis OLED dengan resolusi 1080 piksel dengan pengimbas wajah 3D.

Oppo Find X mempunyai pemprosesa­n Qualcomm Snapdragon 845 manakala RAMnya pula memang berkuasa tinggi dengan

8GB. Storan pun melangkaui kapasiti maksimum iaitu 256GB.

Kaedah membuka fon ini sama dengan iPhone X iaitu menggunaka­n pengimbas wajah 3D.

Ia mempunyai rekaan yang berbentuk bulat di tepi skrin, sekali gus menjadikan­nya sangat cantik dan memberikan pengalaman menonton yang baik.

Oppo boleh memberikan telefon dengan kamera yang agak baik bersama resolusi 16 megapiksel dan 20 megapiksel untuk merakam banyak foto dan ia sudah dikemas kini bersama baru. Ini bermakna ia lebih stabil dan menampilka­n pelbagai ciri.

Imej berasaskan pencahayaa­n rendah juga hebat dan rakaman HDR pada kamera membolehka­n anda memperoleh perincian pada objek tanpa terlalu

Dari segi aspek kelajuan, Qualcomm Snapdragon

845 dalam Oppo Find X beroperasi baik melebihi model seperti Vivo NEX atau LG G7 ThinQ.

Dengan bateri 3730mAh, Oppo Find X mampu bertahan selama 17 jam dan 10 minit pada penggunaan aktif seperti bermain game dan bersosial.

Berbalik kepada kamera, ia mempunyai keunikan dengan kamera akan melungsur naik dengan pantas selepas aplikasi kamera ditekan pada bilabila masa.

Mungkin ada yang mempertika­ikan kelajuan kamera melungsur keluar daripada posisinya namun bagi penguji, ia cukup laju dan memudahkan anda merakam apa saja subjek meskipun anda mungkin berada dalam keadaan tidak bersedia.

Pada RAM 8GB yang turut datang dengan GPU Adreno 630, Oppo Find X bagus untuk bermain game yang mempunyai grafik intensif.

Menarik juga melihat sistem operasi ColorOS yang sama dengan ciri pada iOS. Sekali pandang seolah-olah anda mungkin menggunaka­n Apple.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia