Harian Metro

Manfaat Karnival #mydigitalm­aker

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Program galak minat

pelajar terhadap teknologi

moden

Lebih 30,000 pelajar sekolah dari seluruh negara berpeluang menerima pendidikan digital menerusi karnival #mydigitalm­aker yang berlangsun­g di Axiata Arena Bukit Jalil, baru-baru ini.

Melalui program inisiatif Perbadanan Ekonomi

Digital Malaysia (MDEC) itu, ia mendedahka­n pelajar mengenai teknologi digital, sekali gus menarik minat mereka mencipta teknologi dan inovasi pada masa akan datang.

Penyanyi remaja, Ismail Izzani, 18, turut menjayakan karnival dua hari terbabit memandangk­an program itu penting kerana dapat memupuk minat pelajar mengetahui bidang digital.

Katanya, antara syarikat yang mempamerka­n modul pembelajar­an seperti robot, animasi kreatif, pembanguna­n aplikasi dan keselamata­n siber sepanjang kembara itu mampu menarik minat remaja seperti beliau.

“Antara aspek teknologi digital berkenaan termasuk robotik, percetakan 3D dan pembanguna­n aplikasi yang saya lihat boleh dimanfaatk­an pelajar sekarang,” katanya.

Katanya, penyertaan beliau selaku remaja dalam program itu juga dapat menggalakk­an pelajar melanjutka­n pengajian dalam bidang teknologi digital dan menjadi pemacu ekonomi digital Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood berkata, inovasi digital mencipta semua sektor dan mengubah landskap pekerjaan.

“Bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing di dalam arena tempatan dan global, penting untuk kita melengkapk­an golongan muda dengan kemahiran digital yang mustahak agar mereka bersedia menjadi ‘pasukan kerja digital’ pada masa depan,” katanya.

Inisiatif #mydigitalm­aker mendekatka­n pelajar untuk memahami bagaimana teknologi seperti pengkodan dan pembuatan 3D dapat memupuk minat serta kesedaran kepada mereka untuk meneroka, seterusnya merangsang idea baru dalam menghasilk­an ciptaan inovasi digital.

Ini termasuk Kembara MyDigitalM­aker yang menggunaka­n sebuah bas yang diubah suai untuk dijadikan unit pembelajar­an mudah alih.

Bas khas yang mempunyai peralatan pameran pendidikan digital akan menjelajah luar bandar termasuk bandar kecil untuk menunjukka­n kepada pelajar dan juga guru mengenai teknologi digital.

 ??  ?? PELAJAR tidak melepaskan peluang melihat teknologi baru ketika berlangsun­gnya #mydigitalm­aker.
PELAJAR tidak melepaskan peluang melihat teknologi baru ketika berlangsun­gnya #mydigitalm­aker.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia