Harian Metro

Bimbang melampau perlu dirawat

-

Rasa bimbang, takut atau fobia apabila menghadapi situasi cemas sememangny­a dirasai sesiapa saja. Namun, jika perasaan ini diluahkan secara berlebihan dan berlanjuta­n dalam tempoh melebihi enam bulan ia bukanlah sesuatu yang normal. Anda mungkin mengalami gangguan kebimbanga­n atau keresahan (AD).

Menurut Pakar Psikiatrik Hospital Thomson, Dr Gurdeep Singh Narain Singh, dalam keadaan biasa kebimbanga­n perlu ada dalam diri setiap individu. Misalnya berlari apabila dikejar anjing dan takut apabila berseorang­an adalah dua situasi normal yang biasa dialami semua orang. Tetapi sekiranya kebimbanga­n ini bersifat melampau, tidak sepadan dan perasaan yang keterlalua­n sehingga berbulanbu­lan lamanya, ia perlu dirawat.

AD dikatakan sebagai gangguan kebimbanga­n berlebihan yang berlaku secara kerap dan berpanjang­an sehingga boleh mengganggu aktiviti seharian. Dalam bidang psikologi, AD boleh dibahagika­n kepada dua iaitu gangguan panik dan kecelaruan keresahan umum.

“Simptom fizikal yang dapat dilihat pada mereka yang mengalami gangguan panik ini sangat ketara seperti sesak nafas dan jantung berdegup deras.

“Ini akan menjurus kepada sakit dada, tangan dan badan menggeleta­r. Rasa tercekik, berpeluh, loya dari dalam perut dan kepala pening seperti hendak pitam.

“Mereka yang mengalamin­ya akan tertanya-tanya adakah ia serangan jantung atau strok. Ini diikuti hilang kawalan, semakin cemas dan terasa seperti hendak mati,” kata Dr Gurdeep.

Tambahnya, jika semua simptom itu muncul serentak dan berlaku berterusan, orang itu cuba mengelak daripada berhadapan dengan objek atau mengelakka­n daripada pergi ke tempat yang ditakutiny­a.

Tambahnya lagi, gangguan panik biasanya berlaku secara tiba-tiba dan kerap misalnya dua atau tiga kali seminggu. Apabila perasaan ini datang, mereka akan mengelak berhadapan orang ramai atau tidak mahu bekerja.

Individu yang melalui situasi ini perlu dibawa ke hospital (bahagian kecemasan) untuk menjalani pemeriksaa­n. Sekiranya kesihatan berada dalam keadaan baik dan tidak membabitka­n masalah jantung, mereka dirujuk ke bahagian psikiatrik pemeriksaa­n lanjutan.

reaksi kronik

Keadaan ini berbeza dengan kecelaruan keresahan umum yang boleh dikenal pasti apabila individu berasa bimbang kepada perkara kecil.

“Walaupun perkara yang difikirkan kelihatan remeh, namun reaksi ditunjukka­n sangat kronik seperti resah gelisah, sukar tidur, kejang otot dan sukar membuat keputusan.

“Sekiranya ia semakin kerap, pesakit perlu berjumpa doktor.

Jika dibiarkan ia boleh meningkatk­an kecenderun­gan pesakit untuk mengambil alkohol atau ubat-ubatan tidak sepatutnya bagi meredakan perasaan,” katanya.

Pakar perubatan menyatakan, tiada punca tertentu yang boleh menyebabka­n AD. Ia mungkin berkaitan kejadian trauma pada masa lalu, masalah kesihatan, penggunaan ubat-ubatan tertentu, keturunan dan juga tekanan yang berlarutan dalam tempoh lama. Ada juga mengklafik­asikan AD sebagai penyakit otak dan tidak memerlukan sebab-musabab.

Gangguan kebimbanga­n ini jika tidak dirawat boleh menyebabka­n komplikasi serius seperti kemurungan, insomnia, suka menyendiri, sehingga paling teruk tercetus keinginan membunuh diri.

Ada beberapa pilihan rawatan yang boleh diberi kepada pesakit AD iaitu menerusi ubatubatan, psikoterap­i dan terapi kognitif bersama rundingan dengan ahli keluarga bagi mencari penyelesai­an.

“Disebabkan bahan kimia yang mengawal fungsi otak seperti serotonin, dopamin dan norepinefr­in berada pada tahap tidak normal, ubat-ubatan yang diberi mampu menstabilk­an semula, seterusnya kembali ke paras normal,” katanya.

Untuk rawatan terapi kognitif pesakit akan diajar teknik bertenang menerusi pernafasan, meditasi (zikir untuk orang Islam) dan merehatkan otot. Cara ini boleh mengawal dan mendapatka­n keyakinan semula.

“Untuk tindakan segera mereka boleh menonton di YouTube mengenai teknik pernafasan dan juga latihan bertenang bagi meredakan ketakutan. Sokongan keluarga dan majikan sangat penting bagi mengurangk­an kebimbanga­n dan fobia melampau. Ini kerana kebanyakan tekanan berpunca daripada tempat kerja yang mendorong kepada masalah AD,” katanya.

Bagi mereka yang sedang mengalamin­ya, Gurdeep menasihatk­an supaya tidak mengambil ubat penenang secara sewenang-wenangnya. Ubat-ubatan sebegini hanya bertindak untuk sementara waktu. Mendapatka­n nasihat doktor adalah cara terbaik sebagai permulaan rawatan.

 ??  ?? DR Gurdeep Singh
DR Gurdeep Singh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia