Harian Metro

Senaman elak sakit belakang

- DARI MUKA H51

Dapat perbaiki posisi badan dan kurangkan keletihan sepanjang tempoh hamil

Ketika tubuh bergerak aktif, aliran darah menjadi lebih lancar kerana banyak oksigen dihantar ke otak dan seluruh badan. Inilah yang membuatkan wanita berasa segar dan bertenaga.

Begitupun, ramai yang tertanya-tanya, adakah selamat untuk bersenam ketika hamil terutama bagi wanita yang tidak pernah atau jarang bersenam sebelum berbadan dua.

Kata Ketua Perkhidmat­an Fisioterap­i KPJ Tawakal, Siti Suraiya Yusa, senaman selamat untuk ibu hamil, malah memberi banyak manfaat asalkan ia dilakukan dengan betul pada kadar termampu.

“Sebenarnya, rutin paling asas yang wajib dilakukan semua wanita tidak kira hamil atau tidak adalah senaman Kegel. Ia adalah senaman kemut yang berupaya menguatkan otot pelvis.

“Latihan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana saja kerana tidak memerlukan pergerakan tubuh, persalinan mahupun ruang khusus. Walaupun kedengaran mudah, namun Kegel memerlukan fokus dan disiplin tinggi untuk menampakka­n hasil positif.

“Bagi lain-lain senaman, saya selalu nasihatkan supaya bakal ibu mendapatka­n nasihat doktor terlebih dulu. Dia harus tahu sama ada tubuhnya mampu atau tidak untuk melakukan senaman untuk mengelakka­n risiko kekejangan atau pendarahan,” katanya.

Melihat keperluan senaman dari perspektif seorang ibu, Siti Suraiya berkata, wanita yang sudah biasa melakukan rutin itu mungkin tidak berdepan masalah menyesuaik­an diri dengan pelbagai jenis latihan berbanding wanita yang memang jarang atau tidak pernah bersenam.

“Ada wanita memang aktif dan berani melakukan senaman yang dirasakan sesuai dengan kemampuann­ya. Tetapi

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia