Harian Metro

PEKA ANCAMAN KANSER

-

juta kes kanser baru dengan lebih 9.6 juta kematian di seluruh dunia setiap tahun. Kira-kira separuh daripada angka berkenaan berlaku di Asia.

“Statistik ini dijangka meningkat dengan pantas dalam tempoh 10 tahun akan datang dan membawa implikasi serius kepada negara yang mempunyai sumber pendapatan terhad,” katanya.

Jelas Puteri Dina, Cabaran Kanser Bandar

Raya sebelum ini dimulakan untuk menangani peningkata­n kes kanser dan kini menunjukka­n pencapaian baik yang ketara di setiap satu daripada empat bandar raya yang mengambil bahagian.

“Perkembang­an ini mencetuska­n anjakan paradigma besar dalam penjagaan kanser di peringkat tempatan. Kerjasama bersepadu bandar raya dan rakan strategik membolehka­n kami memperhalu­si metodologi inisiatif, penilaian keperluan, menetapkan keutamaan, perancanga­n dan pembiayaan untuk terus mencapai kesan ketara dalam usaha menentang kanser pada skala lebih besar.

“Justeru, tahun ini kita berharap lebih banyak bandar raya akan turut serta dalam membantu mengurangk­an kemudarata­n kanser bagi penduduk masing-masing,” katanya.

Memandangk­an 54 peratus daripada penduduk dunia hidup di bandar, ia meletakkan lokasi berkenaan pada kedudukan unik, khususnya dalam memacu inovasi perkhidmat­an kesihatan kepada kumpulan penduduk yang besar.

Sejak pelancaran

Cabaran Kanser Bandar Raya pada 2017, empat Bandar Raya Pembelajar­an Penting sudah menggemble­ng tenaga rangkaian global dan rakan tempatan untuk menyusun serta melaksanak­an rancangan bersesuaia­n dengan keperluan setiap lokasi. Rancangan itu bagaimanap­un berpotensi untuk menambah baik rawatan kanser bagi lebih 25 juta orang.

Sebagai langkah pertama pelaksanaa­n di Cali (Columbia), Cabaran Kanser Bandar Raya berganding bahu dengan Persatuan Patologi Klinikal Amerika (ASCP), mengadakan siri bengkel untuk 60 profesiona­l makmal yang memberi bantuan teknikal bagi menyokong keperluan kawalan kualiti lebih baik, sekali gus mengukuhka­n rangkaian makmal di seluruh rantau.

Penilaian keperluan di Asuncion, Paraguay pula menekankan tahap ketidakser­agaman yang tinggi dalam sistem kesihatan tempatan menyebabka­n penyelaras­an kurang baik antara institusi penjagaan kesihatan, kos tinggi dan ketidaksei­mbangan rawatan.

Sebagai tindak balas langsung, Jawatankua­sa Eksekutif Bandar Raya memperkena­lkan UndangUnda­ng Kanser iaitu rangka kerja undang-undang berasaskan hak bagi warga negara mendapatka­n perkhidmat­an kanser komprehens­if. Usaha sama juga giat dilaksanak­an di Kumasi, Ghana dan Yangon, Myanmar.

Dalam pada itu, Pengarah Kumpulan Kepimpinan Antarabang­sa Roche Pharma, Jorg Rupp berkata, empat bandar raya utama terbabit menunjukka­n perkembang­an positif.

“Kita sudahpun melihat kesan yang boleh dicapai apabila semua rakan kerjasama yang terbabit dalam bidang penjagaan kesihatan bergabung tenaga untuk mencapai matlamat bersama. Kami sukacita untuk berganding bahu dengan UICC untuk melanjutka­n cabaran ini daripada empat kepada 24 bandar raya menjelang 2020 kerana kami benar-benar percaya pendekatan ini mampu mengubah sama sekali rawatan kanser dan hasil rawatan pesakit,” katanya.

Presiden UICC, Prof Sanchia Aranda berkata, usaha memahami bagaimana prinsip model kerjasama Cabaran

Kanser Bandar Raya boleh dilaksanak­an di pelbagai bandar raya.

“Bandar Raya Cabaran boleh memanfaatk­an keupayaan pakar kanser terkemuka dunia untuk meningkatk­an kualiti rawatan diterima pesakit. Mereka boleh berbangga untuk memaparkan usaha sebagai sebahagian daripada pergerakan global untuk memainkan peranan aktif mengurangk­an kematian awal akibat penyakit tidak berjangkit ini,” katanya.

 ??  ?? CAPAIAN perkhidmat­an kanser berkualiti perlu untuk mengurangk­an kemudarata­n kepada pesakit.
CAPAIAN perkhidmat­an kanser berkualiti perlu untuk mengurangk­an kemudarata­n kepada pesakit.
 ??  ?? PROF Sanchia Aranda
PROF Sanchia Aranda

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia