Harian Metro

SEMPOI DALAM HUJAN

- Rudy Syareme Sheriffudi­n cnews@nstp.com.my

Artis lama, baru hibur

10,000 penonton Konsert HotKool Jam

di Pulau Pinang

Walaupun hujan lebat, ia tidak menghalang lebih 10,000 penonton memeriahka­n Konsert HotKool Jam sempena Karnival Jom Heboh di pekarangan Stadium Batu Kawan, Seberang Perai, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Barisan artis yang membuat persembaha­n juga ‘sempoi’ kerana menggabung­kan barisan artis lama dan baru seperti Zamani, Lan Solo, Hazama, Kugiran Masdo dan One Avenue Band.

Kehadiran mereka, sekali gus mengubat kerinduan peminat di sana selepas hampir dua tahun Karnival Jom Heboh tidak bertandang ke Pulau Pinang.

Barisan penyampai

Hot FM dan Kool FM seperti Deen, El dan paling istimewa kemunculan Linda Onn yang kini bersama Kool FM mendapat sorakan penonton.

Deen dan El berkata, mereka terharu dengan sambutan yang diberikan kerana ini hadiah dan perhargaan daripada pendengar setia yang terus memberikan sokongan buat stesen radio.

“Sambutan yang hebat ini cukup mengembira­kan kami semua dan setiap kali Hot FM mengadakan konsert atau sebagainya, Pulau Pinang pilihan destinasi yang wajib dikunjungi,” katanya.

Sementara itu, keseronoka­n Zamani juga tidak terkecuali apabila pertama kali membuat persembaha­n di Pulau Pinang selepas hampir 10 tahun. Ia sesuatu yang istimewa buat dirinya kerana masih mempunyai peminat yang ramai di sana.

“Sebagai hadiah, tiga lagu disajikan buat peminat iaitu Kembali Merindu, Gerimis Mengundang dan Kembali Terjalin. Ia juga bagi memberitah­u ‘Zamani Is Back’ selepas sekian lama tidak membuat persembaha­n,” katanya.

Keterujaan itu turut dikongsi bersama Hazama apabila berterima kasih kepada TV3 kerana memberi peluang hadir membuat persembaha­n dan menghiburk­an peminat di Karnival Jom Heboh dan Pulau Pinang secara amnya.

“Ini gandingan mantap antara artis, stesen radio dan pendengar. Jika salah satunya hilang, maka pincang segala keseronoka­n untuk hadir ke Karnival

Jom Heboh. Ia cukup mengembira­kan saya kerana turut berpeluang mempromosi­kan lagu dan aktiviti seni yang lain.

“Saya kini baru saja selesai pengambara­n drama 13 episod untuk slot Zehra, Ammar dan Opie bersama Datuk Awie dan artis lain serta lagu baru Tunggu Aku Datang ciptaan Tam Spider dan Keon yang turut menjadi lagu runut bunyi drama berkenaan,” katanya.

One Avenue Band turut menghiburk­an dengan lagu Pasti, Pematah Hati dan lagu hits, Kisah Antara Kita serta Kugiran Masdo dengan lagu Malam Pesta Rock & Roll, Teruna dan Dara, Bunga, Berduka Lara dan Bercanda di Malam Indah bagi penutup konsert pada malam itu.

 ??  ?? ZAMANI
HAZAMA
LAN SOLO
ZAMANI HAZAMA LAN SOLO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia