Harian Metro

Artis baru kurang mesra

-

Kemunculan artis baru memang sesuatu yang positif dalam mewarnai industri seni tanah air.

Justeru, ramai yang mengalualu­kan kehadiran artis baru yang memiliki pakej lengkap untuk melangkah ke dalam bidang lakonan.

Namun kata rakan SS, artis ini kurang mesra media dan tidak pandai membawa diri dalam bidang hiburan.

Menurut rakan SS, dia bertemu dengan artis baru ini di lokasi penggambar­an drama lakonannya di ibu kota, baru-baru ini.

Rakan SS sempat menegur artis baru itu dan meminta nombor telefonnya untuk dihubungi.

Namun kata rakan SS, artis itu memberitah­u dia sibuk menghafal skrip dan tidak bersedia untuk ditemu bual kerana membuat persiapan untuk babak seterusnya.

Sedangkan ketika itu, pengarah dan kru berhenti rehat selama sejam dan apa salahnya jika rakan SS menemubual­nya selama 10 minit?

Artis itu juga meminta rakan SS menunggu sehingga babaknya selesai pada waktu malam sematamata untuk mendapatka­n nombor telefon pihak pengurusan­nya.

Apabila melihat sikap artis itu yang kurang mesra seolah-olah tidak berminat untuk ditemu bual, rakan SS pun membatalka­n hasrat untuk menemubual­nya pada hari kejadian.

Bagi rakan SS, lebih baik dia menemu bual artis lain yang sudah ada nama di lokasi penggambar­an terbabit kerana mereka juga memberikan kerjasama yang baik kepada pihak media.

Bagi SS pula, semoga pihak pengurusan artis itu peka dengan perkara ini kerana ia membabitka­n masa depan artis baru itu dalam bidang hiburan.

Jika artis baru itu tidak dibimbing dengan betul, lamakelama­an namanya juga akan tenggelam dalam bidang hiburan.

SS: Artis baru perlu bijak bawa diri dalam bidang seni. Setiap insan di dunia ini diuji Allah SWT dengan pelbagai ujian termasuk membabitka­n aspek kesihatan. Begitu juga ahli keluarga terdekat kepada seorang artis ini.

Namun kata rakan SS, artis yang seorang ini tidak suka menguar-uarkan cerita membabitka­n ahli keluargany­a yang sakit dan mahu menyorokka­n berita itu daripada orang ramai.

Menurutnya, dia lebih selesa pihak media hanya menulis perkembang­an karier seninya berbanding cerita yang membabitka­n ahli keluargany­a yang berjuang melawan penyakit.

Apapun alasan yang diberikan artis itu, SS memang tidak setuju kerana dia bergelar selebriti dan semua peminat mahu mengikuti apa saja berita membabitka­n perkembang­an dirinya.

Bagi SS pula, tiada salahnya artis itu berkongsi berita ahli keluarga yang sakit kerana sekurang-kurangnya ramai yang akan sama-sama mendoakan kesihatan ahli keluargany­a yang sakit itu untuk kembali sembuh seperti sedia kala.

SS: Sentiasa mendoakan golongan artis yang sakit kembali sembuh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia