Harian Metro

Perang peminat

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Mereka sanggup beri ulasan palsu terhadap Venom ditayangka­n serentak dengan filem lakonan Lady Gaga

Demi idola kesayangan, peminat Lady Gaga sanggup memberi ulasan palsu terhadap filem aksi Venom yang ditayangka­n serentak dengan filem lakonan penyanyi itu, A Star Is Born.

Sebelum tayanganny­a, A Star Is Born arahan Bradley Cooper digembarge­mburkan di portal Rotten Tomatoes dan mendapat penilaian 95 peratus.

Namun, peminat Lady Gaga enggan berputus asa dan nekad mahu filem lakonannya mendapat sambutan hangat apabila ia mula ditayangka­n.

Menurut Vatiety, sebaik berita mengenai Venom dilaporkan di Internet selepas tayangan perdana, Isnin lalu, beberapa pengguna Twitter mula menyedari ulasan negatif terhadap filem itu.

Bagaimanap­un, ada menyedari beberapa pengkritik terbabit menggunaka­n ayat hampir sama yang berbunyi “saya peminat tegar Marvel, tetapi selepas menonton #Venom, saya tak tau nak cakap apa.”

Seorang peminat Lady Gaga ketika dihubungi portal BizzFeed mengakui menggunaka­n akaun palsu media sosial bagi memburukka­n tayangan perdana Venom.

Setakat ini, pihak produksi dua filem berkenaan belum mengeluark­an sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

Penerbit Venom menyasarka­n kutipan tiket AS$65 juta bagi tayangan perdana manakala A Star Is Born pula berhasrat untuk mencapai sekitar AS$20 juta.

Mengenai A Star Is Born pula, Cooper meminta Lady Gaga supaya tidak memakai solekan dalam filem itu.

Difahamkan, ketika sesi uji bakat, Cooper yang juga pelakon dan produser filem itu mengeluark­an tisu basah dan meminta Lady Gaga menanggalk­an solekannya.

Dalam filem itu, Lady Gaga melakonkan watak sebagai Ally, penyanyi dan pencipta lagu kurang dikenali yang menyimpan impian menjadi bintang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia