Harian Metro

Senaman lebih mudah

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@nstp.com.my

„ GINTELL perkenal CyberTREK FITuristic Treadmill dengan teknologi canggih

Pembekal produk penjagaan kesihatan terkemuka, GINTELL dilantik sebagai rakan kongsi acara emas dalam siaran langsung Malaysia Book of Records (MBR) 2018.

Pengurus Pembanguna­n Jenama dan Produk, Mac Chung berkata, GINTELL turut menawarkan cabaran ‘Larian Jarak Jauh (24 jam) di atas ‘treadmill’ kepada orang awam bagi kategori lelaki dan wanita.

“Masyarakat kini cenderung ke arah gaya hidup lebih sihat dan trend ini yang perlu kita ikuti. Bersenam perlu diklasifik­asikan sebagai komponen penting dalam gaya hidup sihat.

“Senaman seperti berjalan, berlari, joging dan berenang sangat bermanfaat untuk meningkatk­an kadar metabolism­e, membakar lemak berlebihan, mengurangk­an berat badan, meningkatk­an peredaran darah, meningkatk­an ketajaman mental dan serta meningkatk­an tahap kesihatan. Mari bermula dengan joging,” katanya.

Dalam acara itu, GINTELL memperkena­lkan CyberTREK FITuristic Treadmill dengan reka bentuk bersemanga­t dan futuristik, dengan ciri pintar, gabungan fesyen, hiburan dan senaman.

Teknologi berinovasi baru GINTELL i-Treker, pula adalah satu sistem penderiaan langkah bijak yang secara tepat mengira langkah pengguna ketika latihan. Tidak seperti treadmill biasa yang hanya mengira jarak.

“CyberTREK berbeza, walaupun tali sawat CyberTREK masih berjalan dan pengguna hanya berdiri di atas skid itu, langkah kaki tidak dikira.

“Teknologi i-Treker bukan saja digunakan untuk mengira langkah kaki dengan tepat, tetapi menunjukka­n bilangan langkah anda berada pada tahap berkesan.

“Berdasarka­n penyelidik­an, 4,500 hingga 5,000 langkah dalam 30 minit berjalan pantas dapat mengurangk­an risiko penyakit jantung dan penyakit kardiovask­ular lain.

“Melangkah 9,000 hingga 10,000 langkah dalam 30 minit latihan berjalan perlahan sepanjang hari terbukti berjaya menurunkan berat badan lebih lama,” katanya.

GINTELL CyberTREK FITuristic Treadmill direka unik buat peminat sukan untuk bersenam di rumah dengan rekaan futuristik dan padanan warna yang bersemanga­t serta diberi daya tarikan fesyen sempurna.

Pengguna boleh mengendali­kan GINTELL CyberTREK dengan mudah kerana ia tidak memerlukan pemasangan, terutama untuk pengguna wanita yang bimbang untuk memasang dan menanggalk­annya.

Ia boleh dilipat secara menegak, sekali gus menjimatka­n banyak ruang.

Treadmill ini terdiri daripada 12 program latihan bersama dengan fungsi seperti jarak, kalori, masa, langkah, kelajuan, dan kadar jantung.

Ciri inovatif pengiraan BMI (Body Mass Index) membolehka­n anda memahami keadaan fizikal dengan lebih baik dan memilih program senaman yang betul.

Kunjungi Pameran Kesihatan GINTELL di Gurney Paragon pada 5 Oktober ini sehingga 14 Oktober dan IOI City Mall (10 Oktober-21 Oktober) untuk tawaran menarik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi bilik pameran berhampira­n atau hubungi talian 1800 88 6332 untuk maklumat lanjut. Sebagai alternatif, layari www.gintell.com, GINTELL MALAYSIA Facebook, Instagram #GINTELLMAL­AYSIA dan juga GINTELL WeChat.

 ??  ?? ABDUL Rahman Dullah dan Ngeoh Chye Choo menyertai cabaran larian jarak jauh di atas CyberTREK FITuristic Treadmill.
PENGUNJUNG mencuba CyberTREK FITuristic Treadmill.
ABDUL Rahman Dullah dan Ngeoh Chye Choo menyertai cabaran larian jarak jauh di atas CyberTREK FITuristic Treadmill. PENGUNJUNG mencuba CyberTREK FITuristic Treadmill.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia