Harian Metro

Pembaca meter air cedera diserang anjing

-

Melaka: Selepas lebih 20 tahun berkhidmat sebagai pembaca meter air di kawasan sama, seorang lelaki berdepan detik malang apabila diserang anjing pemilik sebuah rumah di Taman Seri Krubong di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Mubarak Basir Mohamad Kassim, 55, yang bertugas di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) tidak menyangka anjing di rumah pelanggan syarikat itu menyerangn­ya ketika masuk ke dalam kawasan kediaman terbabit.

“Saya tidak menyangka haiwan itu yang selama ini dirantai dibiarkan (tidak dirantai) dan menyerang saya.

“Apabila anjing itu menyalak, saya katakan padanya ‘aku nak baca meter air saja’, tetapi secara tiba-tiba haiwan itu menyerang saya,” katanya.

Mubarak Basir berkata, dia cuba menendang anjing itu namun haiwan berkenaan menerkam dan menggigit lengannya tanpa melepaskan.

“Ketika bergelut, saya terjatuh lalu patah tangan kiri sebelum pemilik anjing meleraikan gigitan anjingnya pada lengan saya.

“Susulan kejadian itu, pemilik anjing terbabit membawa saya mendapatka­n rawatan di hospital,” katanya.

Ditanya sama ada mahu mengambil tindakan ke atas pemilik anjing itu, Mubarak Basir berkata, dia secara peribadi tidak bercadang membuat tindakan susulan kerana menganggap­nya sebagai kemalangan namun menyerahka­n kepada pihak syarikat untuk melakukan apa juga tindakan.

 ??  ?? MUBARAK menunjukka­n kecederaan pada tangan kirinya.
MUBARAK menunjukka­n kecederaan pada tangan kirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia