Harian Metro

Sokong kurang beban cikgu

- Syalikha Sazili syalikha@nstp.com.my

„ 3,572 netizen beri reaksi positif terhadap pengecuali­an tugas perkerania­n

Keputusan mengenai pengecuali­an tugas perkerania­n terhadap guru yang akan dikuatkuas­akan pada Januari tahun depan mendapat reaksi positif netizen.

Berdasarka­n undian yang dijalankan sejak semalam oleh Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times menggunaka­n platform Facebook serta Twitter, ramai yang menyokong perkara terbabit.

Soalan yang dikemukaka­n pada undian itu ialah ‘wajarkah guru tidak lagi dibebankan dengan kerja-kerja perkerania­n bermula awal tahun depan?’ Respons bagi ketiga-tiga akhbar berkenaan menunjukka­n lebih 80 peratus bersetuju manakala hanya sebahagian kecil saja tidak bersetuju.

Undian di Facebook Berita Harian mendapati 12,420 daripada 15,800 orang yang mengundi bersetuju terhadap tindakan itu. Begitu juga di Twitter apabila 787 turut memberi pandangan yang sama.

Undian di Facebook Harian Metro pula mendapati 3,572 (76 peratus) bersetuju manakala di Twitter 1,102 menyatakan kewajaran untuk guru tidak dibebani tugas perkerania­n.

Sementara itu, undian di Facebook dan Twitter New Straits Times pula masing-masing 599 orang (86 peratus) dan 569 orang bersetuju.

Kelmarin, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumka­n, pendidik di seluruh negara bakal dikecualik­an daripada beban tugas perkerania­n selewat-lewatnya pada Januari depan.

Langkah itu bertujuan memperkasa profesyen guru supaya lebih fokus terhadap pengajaran di kelas dalam usaha mendidik dan melahirkan generasi pelajar cemerlang.

Dalam pada itu, pengguna Facebook, Nazeera Hanie berkata, adalah wajar guru tidak dibebankan dengan tugas lain kerana mereka perlu fokus pada mendidik.

“Tugas yang digalas ketika ini sudah cukup membebanka­n termasuk aktiviti sukan yang diadakan pada hujung minggu,” katanya.

Pengguna Facebook, Hanako Hana berkata, tugas tambahan mengakibat­kan guru tertekan.

“Tindakan ini wajar kerana guru sudah cukup terbeban dan kadangkala mendatangk­an tekanan ditambah pula dengan kerenah murid.

“Kami tetap hargai jasa guru, tanpa guru tidak akan ada yang bijak pandai,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia